Kalau gi Terengganu, jangan lupa singgah makan pelbagai makanan laut celup tepung.
Sedap dan segar.
Enak dan lazat.






















Alhamdulillah.
Moga akan terus terjalin ikatan ini.
Ya Allah, berikanlah keikhlasan dalam hati-hati kami untuk terus menjalin ikatan tali persaudaraan ini.
Selamatkanlah kami dari bencana yang nampak dan tidak nampak.
Selamatkanlah kami daripada mereka yang hasad dan dengki.
Selamatkanlah kami daripada musuh yang nampak dan musuh yang tidak nampak.
Selamatkanlah kami daripada mereka yang fasik.
Amin.




Kasut raya anak-anak dara dan mak-mak dara.







Dah raya, baru papa boleh beli sandal raya:)
Kalau beli bulan puasa, sandal puasa namanya kan.




Juadah raya dan bukan raya buat tetamu yang dinanti.
Masakan wajib adalah sambal sebab Sue suka.
Masak nasi ayam sebab sesuai untuk semua dan mudah disediakan.
Seronok tengok orang makan masakan kita.
Sedap atau tidak, ikut selera masing-masing.



Semua menjamu selera.
Tak kisahlah sebab lapar ke, sebab sedap ke.
Yang penting, ikut kata tuan rumah "Kalau makanan tak habis, tak boleh balik":)
Saja je cakap gitu.
Bukan selalu dapat datang kan.
Sue duduk jauh nun di Besut, Terengganu tu.
Bila datang sesekali, kenalah makan banyak sikit kan.
Masakan yang dimasak dengan penuh kasih sayang:)
Saya hargai sangat-sangat kedatangan awak ke rumah saya.








Lepas makan, aktiviti bebas.
Makan kuih raya, tengok tv, baring-baring, lepak-lepak, borak-borak, dll.
Terima kasih daun keladi.
Bila-bila turun KL, marilah lagi ke BB.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN SEIKHLAS HATI.




Muka-muka ceria nak berhari raya.
Kembar tak seiras tu memang nampak sama tapi tak serupa.
Yang kecik tu memang nak enter frame je.
yang sulung dan yang bongsu nampak sama kan, kan, kan...
HAMPIR samalah...
Ateh tetap maintain ayu...






Hari ni pergi beraya di Jalan Kuching, rumah kakak Ayah Di.
Long Di (Mahadiah bt. Muda) adalah seorang Guru Cemerlang.
Suka berkongsi ilmu dan nasihat.
Yang lelaki tu anak sulungnya, Abang Long.
Papa makan nasi dagang Terengganu bertambah-tambah.
Memang sedap.
Memang enak.
Long Di masak nasi dagang.
Che' Soh (bonda Ayah Di dan Long Di) masak kuah dagang.
Cantuman keduanya adalah satu masakan yang amat hebat.
Lazat memang lazat.
Terima kasih Long Di.
Tahun depan masak lagi yek:)












Balik dari rumah Elly, kami ke Carrefour Tropicana City sebab Ateh nak sangat tengok rupa Carrefour sana.
Sebelum balik, kami makan malam dulu sebab balik nak terus tidur.
Memang penat tapi hari ni hari yang hebat.



Suryani dan family berhari raya di rumah adik Sue, Nor Haili/Elly di Kota Damansara.
Suami Elly, Allahyarham Mohd. Rezal baru beberapa minggu meninggal dunia kerana sakit jantung pada usia 33 tahun.
Mereka masih lagi bersedih pada masa kami pergi ke sana.
Kami turut rasa sedih sebab arwah seorang yang baik dan peramah.
Al-Fathihah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...