Hari ini masih dalam suasana Syawal.
Hari pun masih ada lagi undangan rumah terbuka di sana sini.
Terfikir baju apalah yang nak disarung ke majlis orang.
Yang paling selamat dah tentulah baju kurung.
Amat sopan, selesa dan sesuai dipakai ke apa jua jenis majlis.

Bila diselak dalam almari baju masih tersimpan lagi baju-baju raya yang lepas:D
Alhamdulillah...masih muat lagi:)

Hari Raya 2008


Hari Raya 2009


Hari Raya 2010


Hari Raya 2011

Tahun depan?
Warna ungu...Insyaallah


Hari akan berlangsung acara Larian Amal Jogathon SMK Bukit Sentosa 2011.
Tujuan utamanya adalah untuk membina teduhan di tapak perhimpunan sekolah supaya pelajar tidak terdedah kepada cuaca panas dan hujan sewaktu perhimpunan dan ketika melakukan aktiviti sekolah.
Jika ada dermawan yang ingin menyumbang pada bila-bila masa, tuan/puan bolehlah berhubung dengan pihak sekolah di nombor telefon yang tertera di sini.





Ikan laga kesayangan Aqis

18 September 2011
Tarikh keramat bagi hobi baru Aqis. 
Tarikh puteri mama mengikuti rombongan sekolah agamanya ke sekitar Shah Alam dan Kuala Lumpur. 
Tarikh bila tiba-tiba mama dapat sms. 'Mama, kakak beli ikan.'
Mama jawab, 'OK.'
Kakak balas, 'Nanti kakak cucilah.'
Mama jawab. 'OK'

Sejak kecil memang Aqis nak bela haiwan kesayangan.
Biasalah kan...
Tak ada adik yang nak di dukung, yang nak ditimang, yang nak didodoi.
Jadi teringinlah nak berkongsi sayang dengan 'pet'.
Mula-mula nak bela arnab. 
Mama kata, 'Tak boleh sayang.'
Kemudian nak bela hamster. 
Mama kata, ' Tak bolehlah sayang.'
Lepas tu nak bela kucing.
Mama kata, 'Lagilah tak boleh sayang mama.'


Macam mama kejam sangat je kan.
Macam mama tak sayang anak je bunyinya kan.
Macam mama  tak pedulikan perasaan anak pun ada juga.

Ada sebab kenapa 'TAK BOLEH'.
Kenapa?
Sebab Aqis lelah.
Sebab Aqis 'astmathic.'
Sebab mama sayang Aqis sangat-sangat.
Sebab mama tak nak Aqis berulang -alik ke hospital dah.
Sebab Aqis anak mama.

Bela ikan boleh pula?
Sebab ikan okay untuk orang yang ada lelah.
Sebab ikan boleh jadi terapi bila Aqis stress.
Sebab Aqis boleh cuci dan jaga ikan tu dengan baik.
Sebab ikan tu boleh membantu Aqis punya rasa tanggungjawab untuk menjaga makhluk lain.
Sebab mama tau Aqis sayangkan haiwan dan akan menjaganya dengan baik.

Ikan tu tanggungjawab Aqis tau sayang.
Pastikan airnya ditukar selalu.
Pastikan makannya cukup.
Pastikan ia mendapat kasih sayang yang cukup walaupun ia cuma seekor ikan laga sebab Aqis yang memilih untuk bersama dia...

Sekarang musim peperiksaan.
Peperiksaan UPSR sudah selesai bagi tahun ini.
Peperiksaan percubaan PMR baru sahaja tamat.
Peperiksaan percubaan SPM sedang berjalan hingga 29 September.
Peperiksaan akhir tahun bakal menjelang tiba.

Dari pengamatan mama, guru sedang bermati-matian untuk menyediakan pelajar mereka menghadapi peperiksaan.

PMR - untuk yang berminat untuk masuk ke sekolah berasrama berprestij ataupun ke sekolah berasrama yang dapat manampung minat pelajar dalam bidang kemahiran seperti SM Teknik atau SM Vokasional.

SPM- salah satu langkah penting untuk permulaan hidup ke alam dewasa. Yang cemerlang bolehlah ke menara gading. Yang kurang cemerlang boleh memilih untuk terus belajar mengikut pilihan yang ada atau berkerja sambil belajar atau berkerja dan terus melupakan tentang alam persekolahan.

Peperiksaan Akhir Tahun - peluang untuk meningkatkan keputusan akademik dan belajar di kelas yang lebih baik (jika keputusan cemerlang). Jika tidak, kekallah di kelas yang sama. Jika keputusan jatuh merudum, memang kena turun kelaslah.

Ibu bapa pula sedang berkeluh kesah memikirkan anak-anak yang akan ambil peperiksaan.

 Anak-anak?
Ada yang kisah.
Ada yang tak kisah.
Ada yang baca buku.
Ada yang baca mukabuku..
Ada yang buat 'group study'.
Ada yang buat group melepak.
Ada yang tidur lewat buat latihan ulangkaji.
Ada yang tidur lewat buat latihan MU style Rooney.

Apa-apa saja lah.
Yang penting mereka happy.


Mama doakan semoga semua pelajar akan mencapai keputusan cemerlang dan menggembirakan hati ibu bapa mereka yang setiap hari berhempas pulas siang dan malam dan sanggup berkorban apa sahaja asalkan anak-anak mahu belajar bersungguh.
Tiada apa yang lebih menggembirakan ibu bapa selain mendapat anak-anak yang soleh dan solehah dan pulang membawa keputusan yang cemerlang hasil pembelajaran selama setahun.






Lamanya mama tak buka blog ni.
Sibuk ada, sakit ada, malas ada, kering idea pun ya juga.
Insyaallah lepas ni rajin update.
Biar mama bersihkan habuk-habuk dan sawang-sawang dulu ya.

Tersentuh hati  mama bila Ajan memberi kad Selamat Hari ibu yang dibuatnya sendiri.
Pn. Faezah, guru mata pelajaran Pendidikan Seninya kat mama yang Ajan bersungguh-sungguh menyiapkan kad ini untuk diberikan kepada mama.
Terima kasih sayang mama.
Mama sangat-sangat menghargai ingatan kasih sayang Ajan kepada mama.
Mama sayang Ajan sangat-sangat.



Muhammad  Jazlan  bin  Jihadi.
Die-hard fan Manchester United.
Manja.  Baik.  Penyayang.  Lembut Hati.  Comel.  Agak Hensem. 
MAMA SAYANG  AJAN SANGAT-SANGAT....



 ****CUT AND PASTE DARI BLOG PAPA:p****

Pagi pagi dah bangun sebab nak celebrate birthday Aqis kat Kemensah Waterfall. Abang Ajan tak ikut sebab dia ada tiusyen hari ini. Kek harijadi kali ini adalah home made yang dibuat oleh Mama sendiri......tak sabar kakak nak potong kek......

Sebelum tu singgah rumah Wan sebab nak ambik Ateh, Tok Syukur and Alang family's. Sampai terus aje singgah kat tempat Aqis nak mandi. 

Ini adalah pondok yang disewa dengan harga RM20.00 dan parking kereta RM2.00 sebuah. Hari ini tak ada orang lain mandi kat tempat ni....macamlah kita orang sewa semuanya....


Semua orang dah tak sabar nak tunggu kakak potong kek sebab semua dah lapar. Dari pagi belum breakfast lagi....



Selepas itu.....semua orang breakfast dan terus mandi.....sejuknya air jangan kiralah....maklumlah hari masih pagi....


Setelah penat berendam......akhirnya perut berbunyi pulak. Tibalah masa untuk naik dan menjamu selera.....



Selepas berkemas, semua dah ready untuk balik......ada pulak plan lain. Alang nak belanja KFC pulak.....singgahlah kat KFC kat sebelah Carefour tu.........


Hari ini Alang banyak belanja kami....Thank You Alang.....lain kali belanja lagi tau......












Shaidatul Balqis binti Jihadi.
Keletah. Ramah. Mesra. Comel. Manja. 
Suka bergaya sesuai dengan dirinya seorang perempuan.
Prihatin pada orang di sekelilingnya.
Matang pada usia yang masih kecil.
Mama sentiasa rindukan kakak bila kakak tak bersama dengan mama.
Mama selalu balik awal untuk mendengar suara kakak dan mendapat pelukan 'welcome home kakak'.
MAMA SAYANG KAKAK SANGAT-SANGAT....




Dah lama tak update blog ni..
Sibuk dengan keluarga.
Sibuk dengan kerja.
Sibuk dengan ubat-ubatan.
Sibuk dengan hospital.
Insyaallah ...akan cuba update blog sekerap mungkin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...