Cuti sekolah akhir tahun 2009 memang lain dari tahun-tahun sebelumnya. bermula dengan keinginan untuk menjadikan hari ni lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini, maka pelbagai aktiviti dirangka dan direalisasikan. Mula-mula tu liat jugalah sebab badan tak sihat dan rasa tak larat je..  Namun begitu, dengan semangat waja dan keazaman yang menebal serta tekad yang menggunung tinggi, mama gagahkan jua...(read: ha...ha...ha...ha..) Terima kasih jua kepada Balqis kerana dialah punca utama mama terus mencuba dan mencuba...Kenapa dia??? Sebab bila dia pergi rumah wan dan makcik-makcik dia, mereka semua memasak kuihlah, keklah, kuih cawanlah, menjahitlah, macam-macamlah... tapi mak dia tak  buat pun benda-benda tu...Asyik masak nasi dan lauk pauk je... Jadi, perubahan mama ini sebahagian besarnya adalah untuk memenuhi keinginan diri Balqis sebagai seorang anak  perempuan yang suka mencuba resepi-resepi baru.




Apa yang mama dah buat sepanjang cuti ni???
a) Memasak kek
Walaupun ibu mama memang pakar membuat kek dan mendapat keuntungan daripada jualan keknya, memang  mama tak pernah termimpi akan belajar membuat kek dengannya, apatah lagi untuk membuat sendiri kek. Tapi... mama hanya merancang, Allah lebih berkuasa. Dia telah membuka pintu hati mama untuk belajar membuat kek! Mula-mula mama beli oven khas untuk mama bakar kek dan biskut sahaja. Tak boleh campur untuk bakar ikan atau daging atau ayam atau apa-apa selain biskut dan kek. nanti tak rasa biskut atau kek ... tapi jadi biskut rasa ayam atau kek rasa daging! Mama juga telah membeli 'mixer' untuk memukul telur dan membuat adunan kek. Tak adalah lenguh sangat tangan nak memukul dan memutar adunan kek. Dahlah tangan mama ni dua-duanya pernah dibedah:(  Mahu tercabut  dua-dua tangan ni...



Alhamdulillah Ya Allah! Kini boleh dah mama buat kek belang, kek coklat dan kek cawan. Mama buat kek yang senang-senang dulu, nanti bila dah mahir baru buat kek yang renyah sikit. Mungkin tak sedap sangat tapi yang penting mama dah boleh berkerjasama dan masak bersama-sama dengan Balqis. Dia suka dan seronok membantu mama memasak. Jazlan pun suka gak, suka makan:)




b)  Memasak Dadih



Idea nak  masak  dadih ni sebenarnya timbul bila timbul keinginan untuk mencari rezeki lebih melalui perniagaan. Rasa -rasa macam dadih ni senang nak buat dan jual dan ramai suka makan. Tapi saya buat dadih yang rasa macam jelly sikit sebab papa suka yang macam ni. tapi modalnya lebihlah sikit. Tapi mama akan cuba gak buat dadih yang banyak dijual di pasar-pasar malam. Yang itu banyak sikit  untungnya:) Sekarang ni masih lagi dalam proses cuba jaya untuk mencari resepi tersedap dan teruntung, pelanggan suka, penjual untung. Insyaallah.






c) Memasak Nasi dan Lauk Pauk
Mama beli buku resipi dan masakan. Mama pinjam buku resepi dan masakan. Mama  layar internet untuk cari resepi. Mama cuba macam-macam masakan yang mama tak pernah masak. Mama masak nasi bukhari ayam. Sedap. Mama masak ayam masak merah. Sedap. Mama masak dalca. Sedap. Mama masak briyani daging. Sedap. Macam-macam lagi mama masak. Semua sedap (untuk keluarga mama lah). Untuk orang lain, mungkin selera berbeza. Yang penting, mama masak untuk keluarga mama dan mereka suka. Itulah yang penting!





d)  Menjahit 
Alhamdulillah... Tahun ini mama dapat jimatkan banyak duit. Tahun dulu-dulu mama habiskan lebih kurang RM200 semata-mata untuk potong kaki dan lengan uniform  sekolah dan jahit lencana baju sekolah baru. Terkebil-kebil mata masa membayarnya. Terkedu dan terkesima. 


Dua tahun lepas memang ada seru untuk menjahit sendiri pakaian sekolah Jazlan dan Balqis. Dua tahun lepas memang ada beli mesin jahit untuk mula belajar menjahit. Tapi niat tinggal niat je...Sebab? Niat dah jadi lemau...Pas tu mula tak sihat je badan mama ni... mesin jahit tu pun tersimpan elok di dalam kotaknya tanpa dibuka, diusik atau digunakan:( Kesian mesin jahit tu terbiar tanpa diusik selama dua tahun...


Tapi tahun ni, nasib mesin  jahit tu baik... Dia dapat memberi jasa kepada tuannya, iaitu mama... Tahun ini mama jahit sendiri lencana  di baju sekolah anak-anak mama. Tahun ini mama potong  dan jahit kaki seluar dan kain sekolah Ajan dan Aqis. Tahun ini mama potong dan jahit lengan baju sekolah Aqis. Tahun ini  Ajan dan Aqis bangga sebab mama dah boleh menjahit baju sekolah mereka. Walaupun benda cuma perkara biasa pada ibu-ibu lain, tapi pada mama, ini satu peningkatan dalam kualiti kehidupan mama. Sekurang-kurangnya, ada perubahan positif dalam hidup mama. Alhamdulillah.




Ini adalah antara perkara yang dapat mama buat pada masa cuti ini selain beberapa perkara lain. Alhamdulillah sebab Allah sentiasa memberi peluang kepada mama untuk berusaha memperbaiki diri dan bersama-sama dengan orang yang tersayang. Apa sahaja yang mama buat adalah demi orang yang mama sayang. 


Mama sayang papa, Ajan dan Aqis. 
Mama sayang Wan, adik-beradik dan keluarga.
Mama sayang anda semua.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...