Sekarang musim peperiksaan.
Peperiksaan UPSR sudah selesai bagi tahun ini.
Peperiksaan percubaan PMR baru sahaja tamat.
Peperiksaan percubaan SPM sedang berjalan hingga 29 September.
Peperiksaan akhir tahun bakal menjelang tiba.

Dari pengamatan mama, guru sedang bermati-matian untuk menyediakan pelajar mereka menghadapi peperiksaan.

PMR - untuk yang berminat untuk masuk ke sekolah berasrama berprestij ataupun ke sekolah berasrama yang dapat manampung minat pelajar dalam bidang kemahiran seperti SM Teknik atau SM Vokasional.

SPM- salah satu langkah penting untuk permulaan hidup ke alam dewasa. Yang cemerlang bolehlah ke menara gading. Yang kurang cemerlang boleh memilih untuk terus belajar mengikut pilihan yang ada atau berkerja sambil belajar atau berkerja dan terus melupakan tentang alam persekolahan.

Peperiksaan Akhir Tahun - peluang untuk meningkatkan keputusan akademik dan belajar di kelas yang lebih baik (jika keputusan cemerlang). Jika tidak, kekallah di kelas yang sama. Jika keputusan jatuh merudum, memang kena turun kelaslah.

Ibu bapa pula sedang berkeluh kesah memikirkan anak-anak yang akan ambil peperiksaan.

 Anak-anak?
Ada yang kisah.
Ada yang tak kisah.
Ada yang baca buku.
Ada yang baca mukabuku..
Ada yang buat 'group study'.
Ada yang buat group melepak.
Ada yang tidur lewat buat latihan ulangkaji.
Ada yang tidur lewat buat latihan MU style Rooney.

Apa-apa saja lah.
Yang penting mereka happy.


Mama doakan semoga semua pelajar akan mencapai keputusan cemerlang dan menggembirakan hati ibu bapa mereka yang setiap hari berhempas pulas siang dan malam dan sanggup berkorban apa sahaja asalkan anak-anak mahu belajar bersungguh.
Tiada apa yang lebih menggembirakan ibu bapa selain mendapat anak-anak yang soleh dan solehah dan pulang membawa keputusan yang cemerlang hasil pembelajaran selama setahun.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...