Ramadhan kali in begitu berbeza sekali. Hati sentiasa terasa sayu dan pilu. Begitu besar rahmat dan nikmat Allah kepada diriku yang amat kerdil ini. Terasa lebih kerdil daripada insan-insan lain di dunia ini.Tapi jauh di sudut hati, aku amat berterima kasih kepadaNya yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.




Ya Allah,
Terima kasih kerana sentiasa memberiku peluang berkali-kali untuk menebus salah dan silapku. Janganlah engkau tutup pintu hatiku setelah Engkau memberi hidayah. Tetapkanlah aku di JalanMu sehingga ke akhir hayatku Ya Allah. Ku mohon keampuanan bagi setiap kesalahan dan dosaku terhadapMu, Ya Allah dan juga terhadap semua manusia di dunia ini. Terimalah taubatku Ya Allah.




Ya Allah,
Sesungguhnya amat benar Ya Allah. Apabila semua orang meninggalkan diri ini, Engkaulah tempat mengadu dan meminta dan Engkaulah yang mengabulkan segala doa dan hajat. Begitu bahagia dan tenteram jiwa ini apabila menghadapMu dan menyintaiMu Ya Allah. Ku mohon janganlah dipalingkan hati ini daripada mengingatiMu Ya Allah.


Ya Allah,
Tunjukkanlah yang benar bagi segala yang benar,
Betulkanlah apa jua yang tidak benar,
Agar kami kembali bersatu hati,
Dan bersama semula,
Seperti suatu masa dahulu,
Hanya Engkau Maha Mengetahui,
Maha Mengasihani, Maha Penyayang
Maha Pengampun, Maha Mendengar, Maha Melihat.


Ku mohon kepada-Mu, Ya ALLAH

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...