Tiada manusia yang ingin berbuat dosa.


Semua mencuba menjadi yang terbaik, berbuat baik dan dan mencipta kebaikan.


Dah nama pun manusia.


Baik pada kita tak semestinya baik juga pada pandangan orang lain.




Kenapa ya???


Sebab kita manusia.


Kita buat baik mengikut persepsi kita.


Tapi... persepsi manusia pun berbeza tentang sesuatu perkara itu.




Kenapa ya???


Sebab kita dari keluarga yang berbeza.


Latar belakang yang berbeza.


Jantina berbeza.


Didikan berbeza.


Jalan hidup berbeza.


Kemahuan berbeza.


Naluri yang berbeza.


Dan lain-lain yang berbeza.






Dah tu di mana titik temunya???


Melalui Al Qur'an dan Sunnah.


Melalui persefahaman.


Melalui musyawarah.


Melalui sudut pandang yang pelbagai.


Ada keinginan untuk memberi dan menerima.


Ada rasa kasih dan sayang.


Ada rasa tolak ansur.


Ada rasa rendah diri dan ikhlas di hati.




Kalau tak jumpa juga titik temu???


Berserah kepada Allah.


Minta nasihat pada yang tahu.


Minta bantu pada yang boleh.




Kalau tak jumpa juga???


Bawalah diri.


Elakkan keadaan yang lebih buruk.


Terus berserah kepada Allah.


Pasrah dan terus pasrah.




Kenapa ya???


Kerana ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA KEJADIAN

Hidup kita  sememangnya sukar diduga.


Orang sekeliling sukar diramal.


Sukar membaca apa yang tersirat dalam hati dan fikiran orang di sekeliling kita.


Saya belajar untuk tidak sesekali cuba membaca apa yang bermain dalam fikiran manusia lain kerana jika silap perkiraan, buruk padahnya.


Saya cuma membuka mata dan hati dan cuba melihat apa yang ingin disampaikan kepada saya melalui tutur kata, bahasa badan, lirikan mata dan apa-apa sahaja yang membantu menterjemahkan perasaan mereka kepada saya.


Saya bukan ahli silap mata atau pakar psikik yang boleh membaca fikiran manusia lain.


Jika tidak diberitahu, saya tidak tahu.


Jika bermasalah dengan saya tetapi bercerita kepada orang yang tidak berkenaan yang hanya menokok tambah dan suka mengapi-api, saya tak akan tahu silap saya dan takkan tahu sampai bila-bila pun sebab saya tak boleh tembus ke dalam fikiran orang lain.


Jika ada masalah, saya akan cari jalan penyelesaian dan jika tiada jalan penyelesaian, saya diajar untuk menguruskannya sebaik mungkin berdasarkan keadaan dan situasi semasa.


Tidak semestinya keputusan yang diambil itu betul, tetapi pada masa dan ketika, itu, keputusan itulah yang dirasakan terbaik dilakukan untuk tidak terus memburukkan keadaan.


Berundur tidak bererti kita kalah.


Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan apa yang ada dalam hati hamba-hambanya.


Tahniah Amir!


Amir anak saudara ku.


Anak sulung adik  suamiku. 


Anak Suzana dan Azhan.


Abang Amirul.



Amir konvo tadika 6 tahun.


Tahun depan masuk darjah satu pula.


Moga terus sukses dan sukses.


Hari ini Ajan dan Aqis ada test tae-kwan-do untuk naik gred.
Kedua-duanya sekarang ada talipinggang hijau.
Ikutkan hati mamanya ni, tak nak bagi diorang ambil ujian ni sebab rasa macam tak cukup latihan sebab dah beberapa kali tak pergi latihan mingguan masa Aqis masuk hospital hari tu.





Tapi kesian dekat anak-anak berdua ni.
Bila kata je tak boleh ambil ujian naik gred, mereka tak cakap apa-apa tapi muka berubah.
Bila mamanya kata boleh ambil ujian dengan syarat mesti berlatih sampai dapat semua langkah taeguk, baru ceria balik muka-muka yang comel tu.
Sebab kalau tak dapat, tak lulus ujian dah rugi RM100.00.
Bukan senang nak dapat RM100.00 zaman sekarang ni.
Macam-macam boleh bayar dengan RM100.00.
Kesian pulak tengok dua beradik tu bersungguh-sungguh berlatih, siap berlatih depan mamanya nak tunjuk dia dah berlatih.





Pagi ni nak bangun pagi pun takde masalah.
Memang nak sungguh-sungguh pergi test taekwando ni diorang berdua beradik ni.
Suka pulak tengok semangat juang diorang ni.





Papa ada kelas hari ni, so mamalah yang temankan diorang ujian.
Semuanya berjalan lancar.
Kedua-duanya yakin dengan langkah masing-masing walaupun sumbang sana-sini (sikit je).
Minggu depan baru dapat keputusan lulus atau tidak.
Tungguuuuuuuuuuuuuuuuu…….



12 November 2009-  Khamis.


Demam. Batuk. Selsema. Semua ada.


Batuk sampai kejang-kejang urat saraf.


Sampai pening kepala yang amat-amat.


Jadi saya ambil mc.


Sebab tak larat sangat.


Tak larat pun kena gak pergi klinik.


Papa pergi kerja cari rezeki.


Ajan ada final exam.


So, Aqis jelah teman mama hari ni pergi klinik.


Kat klinik Cikgu Salwana telefon kata ada orang hantar bunga kat pejabat sekolah.


Blurr blurr gak lah kejap.


Tapi dah leh agak papa yang bagi tapi tak sure gak.


Manalah tahu ada secret admirer pulak dah tua-tua nih:)


So lepas ambil ubat, pergi jugalah ambil bunga tu dengan track bottom dan track top dan muka pucat tak sihatnya.


Memang papa yang hantar.


Konon-konon nak buat surprise tapi, kuang...kuang...kuang... mama mc:(


Terima kasih Papa, Ajan dan Aqis atas semua yang mama dapat hari ni. Yang lain tu tak bolehlah masuk kat sini,.


Kita berempat je yang tahu ok:)


Sayang Awak...Awak...Awak... so much MORE.



                                            Tarikh Lahir : 12 November 1969
                                            Hari Ini         : 12 November 2009
                                             Umur           : 40 tahun




Wow! Dah 40 tahun dah saya.
Tapi nape rasa macam dah 60 tahun hah?
Memanglah!
Kan asyik sakit je.
Manalah nak awet muda.
Takpe…Takpe…
Yang penting masih lagi bernafas dan boleh bergerak.
Alhamdulillah.
Terima kasih ALLAH.




Apa ya yang saya dah belajar sepanjang 40 tahun ni?
Macam-macam.
Dan saya masih terus belajar sebab sentiasa ada je perkara baru dalam hidup saya yang perlu dipelajari dan ada saja orang baru yang saya kenal untuk mengajar saya perkara baru.




Banyak ke pengalaman saya sepanjang hidup 40 tahun ni?
Banyak pengalaman hidup tapi tidak terlalu banyak.
Masih ada ruang lagi untuk menambah pengalaman selagi badan bernyawa..
Memang macam-macam ada.
Lebih banyak duka dari suka.
Tapi sekurang-kurangnya saya tahu juga erti gembira walaupun sekelumit cuma.




Kalau boleh minta sesuatu, apa yang saya akan minta agaknya?
Kalau boleh, saya nak sangat hari ini lebih baik dari semalam dan esok akan lebih, lebih, lebih baik lagi dari hari ini dari semua segi terutama pegangan agama dan nilai hidup untuk saya dan keluarga.




Apapun, terima kasih ALLAH kerana memberi saya sehari lagi untuk hidup dan melakukan yang terbaik mengikut upaya saya dalam hidup ini.


SELAMAT HARI JADI PUAN SHAI:)


Wallahualam.

Semalam 10 November 2009 ada mesyuarat akhir guru bagi tahun 2009.


Ada guru yang digerakkan ke sekolah berhampiran.


Ada guru yang mohon pindah, dapat pindah.


Ada guru yang tak mohon pindah, dapat gak pindah.


Ada guru yang mohon pindah, tak dapat lak pindah.


Ada yang memang tak nak dah pindah-pindah, memang tak digerakkan atau dipindahkan.


Ada pula yang tak dipindahkan, dapat tukar sesi.


Yang petang naik ke pagi.


Yang pagi turun ke petang.


Macam-macam reaksi.


Macam-macam andaian.


Saya adalah antara guru yang bertuah.


Saya dapat tukar dari sesi pagi ke petang.


Dapat mengajar pelajar tingkatan 1 dan 2.


Pada saya, pagi atau petang sama saja.


Sebab saya tak 'ambitious'.


Dan saya sedar diri saya ni siapa.


Yang penting, saya ada kerja dan ada gaji.


Kerja kerana Allah Ta'ala.


Sesi pagi atau petang, tetap ada masalah dan setiap masalah tetap ada penyelesaiannya.


Hanya orang yang berfikiran sempit merasakan guru sesi petang adalah guru kelas kedua.


Belum cuba, belum tau.


Belum test, belum terbukti.


Saya suka sesi petang kerana di mana-mana sekolah, mereka lebih bersatu dan lebih berkerjasama.


Malah lebih prihatin sesama rakan seperjuangan.


Betul atau tidak, tahun depan saya coretkan yek.


Perancangan saya juga berbezalah untuk tahun depan.


Perancangan dan persiapan untuk anak-anak pun berbeza juga.


Sebab, Jazlan dah form 3 tahun depan.


Kena sediakan untuk PMR.


Anak yang nak periksa PMR, mak yang susah hati.


Biasalah tu kan.


Balqis pula, saya kena updatekan dia.


Kena bantu dalam pelajaran dia.


Untuk buat ini semua, saya kena jaga kesihatan, istiqamah dan sentiasa meminta kepadaNYA.


Insyaallah... tahun baru...permulaan baru...hidup baru...ke arah kehidupan yang lebih baik.


Moga apa sahaja yang dirancang akan menjadi kenyataan.


Amin.

For things to change, I have to change first.


For the better, of course.


Enough is enough.


Think positive.


Be positive.


Strive for good health.


Focus on what really matters.


Easier said than done.


But, it is not too late to try.


Better late than never.



Bosan rasanya dengan hidup,
Namun ku bersyukur kerana masih diberi kesempatan menghirup udara segar.


Bosan rasanya dengan mereka yang kurang professional,
Namun ku bersyukur kerana masih dapat belajar sesuatu daripada mereka dengan rasional.


Bosan rasanya dengan pelajar-pelajar yang kurang ajar,
Namun ku bersyukur kerana tanpa mereka aku tidak akan bergelar pengajar.


Bosan rasanya dengan rutin kerja harian,
Namun ku bersyukur kerana masih boleh berkerja mencari rezeki seharian.


Bosan rasanya dengan sakit yang tak putus-putus,
Namun ku bersyukur kerana itu tandanya Allah sayang kepadaku yang kerdil ini.


Bosan rasanya dengan masalah dan dugaan hidup,
Namun ku bersyukur kerana masih waras dan berakal untuk mengatasnya.


Bosan rasanya merasa bosan,
Namun ku bersyukur kerana masih mampu merasai bosan.


ALHAMDULILLAH ATAS SEGALA RAHMATMU, YA ALLAH,
Ampunkanlah aku yang sering kali berkeluh kesah,
Berikanlah ketabahan, ketenangan dan keihlasan dalam hatiku ini,
Dalam menyelusuri sisa-sisa kehidupan ini.

Assalammualaikum anak-anak mama sayang,


Maafkan mama sayang kerana tidak dapat menjadi seorang ibu yang baik seperti ibu kawan-kawan Ajan dan Aqis.


Maafkan mama kerana kerap sakit sehingga tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak mama seperti ibu anak-anak lain.


Maafkan mama kerana mama terpaksa keluar bekerja dan meninggalkan Ajan dan Aqis di rumah untuk mengurus diri sendiri.


Maafkan mama kerana dek terlampau letih, mama tidak dapat duduk bersama Ajan dan Aqis untuk mengulangkaji pelajaran.


Maafkan mama kerana tidak dapat menyediakan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mama untuk masa depan yang lebih baik.


Maafkan mama atas segala kekurangan diri mama.


Maafkan mama atas segala keinginan yang tak dapat mama penuhi.




Percayalah,
Mama dah usaha sehabis baik untuk anak-anak mama.


Percayalah,


Mama sentiasa mahu yang terbaik untuk anak-anak mama.


Percayalah,
Mama buat setelah berfikir seratus kali apa yang terbaik untuk anak-anak mama.


Percayalah,
Mama sayang anak-anak mama sangat-sangat.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...