Bosan rasanya dengan hidup,
Namun ku bersyukur kerana masih diberi kesempatan menghirup udara segar.


Bosan rasanya dengan mereka yang kurang professional,
Namun ku bersyukur kerana masih dapat belajar sesuatu daripada mereka dengan rasional.


Bosan rasanya dengan pelajar-pelajar yang kurang ajar,
Namun ku bersyukur kerana tanpa mereka aku tidak akan bergelar pengajar.


Bosan rasanya dengan rutin kerja harian,
Namun ku bersyukur kerana masih boleh berkerja mencari rezeki seharian.


Bosan rasanya dengan sakit yang tak putus-putus,
Namun ku bersyukur kerana itu tandanya Allah sayang kepadaku yang kerdil ini.


Bosan rasanya dengan masalah dan dugaan hidup,
Namun ku bersyukur kerana masih waras dan berakal untuk mengatasnya.


Bosan rasanya merasa bosan,
Namun ku bersyukur kerana masih mampu merasai bosan.


ALHAMDULILLAH ATAS SEGALA RAHMATMU, YA ALLAH,
Ampunkanlah aku yang sering kali berkeluh kesah,
Berikanlah ketabahan, ketenangan dan keihlasan dalam hatiku ini,
Dalam menyelusuri sisa-sisa kehidupan ini.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...