Bila masuk sahaja bulan Syawal, maka banyaklah undangan rumah terbuka yang diterima. Kalau dipenuhi semua undangan yang diterima, mahu setiap hujung minggu dapur mama tak berasap.
Tetapi ada ketikanya hati mama terdetik...nak pergi ke tak rumah dia tu? Macam malas je lah pula. ish ish ish....Setan ni...nak cucuk jarum je kerja kamu ya:(
Ada ketikanya pula hati mama berdetik...dia tak jemput pun ke rumah dia tapi nak jugalah pergi....
Kenapa mama suka pergi ke rumah terbuka sesiapa sahaja?
Pertama, kerana memenuhi tuntutan agama. Kita dituntut untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita. Mama dapat berjumpa dengan mereka yang dah lama mama tak jumpa. Ada juga yang mama hanya dapat berjumpa sewaktu hari raya atau sewaktu kenduri kendara. Masa inilah baru tau rupa-rupanya dah bertambah ahli keluarga baru . Selain itu, mama juga dapat kenalan baru apabila berjumpa tetamu-tetamu lain yang turut berhari raya di rumah itu. Boleh juga bertukar-tukar fikiran dan pendapat.
Kedua, kerana ia satu cara untuk dimurahkan rezeki. Dari apa yang mama faham, melalui amalan kunjung-mengunjungi sesama saudara, selain dapat mengeratkan silaturrahim, ia juga satu cara untuk dimurahkan rezeki oleh Allah Ta'ala.Tetamu yang datang membawa bersama rahmat dan rezeki ke rumah yang dikunjungi.
Ketiga, mama dapat makan makanan yang sedap-sedap. Pelbagai menu dan jenis masakan dan juadah dapat dirasa dan dinikmati sehingga kenyang perut dan suka hati. Belum lagi dengan hidangan kuih muih dan kek dan biskut raya. Pelbagai bentuk, pelbagai rasa, pelbagai warna, pelbagai jenis dan pelbagai gaya. Semuanya enak dan lazat. Balik rumah, buka pintu dan dah boleh terus tidur.
Kenapa ada juga rumah terbuka yang mama berat hati nak pergi?
Pertama, kerana ada urusan lain atau ada jemputan lain yang dirasakan perlu lebih diutamakan. Rasanya mama perlu lebih utamakan jemputan ahli keluarga dan saudara mara berbanding yang lain demi menjaga hati mereka. Bukanlah hati rakan yang menjemput tidak perlu dijaga, tetapi ada ketikanya kita terpaksa membuat pilihan kan. Kalau jalan sehala boleh juga diusahakan tapi jika dah bertentang arah petanya maka terpaksa jugalah mama membuat pilihan dengan hati yang berat.
Kedua, terlalu jauh. Kalau mama duduk di KL, jemputannya pula di Johor, tak mampu rasanya memenuhi undangan itu. Kalau cuti sekolah panjang mungkin boleh juga diusahakan tapi kalau hujung minggu biasanya, memang hanya ucapan maaf sahaja yang mampu dilafazkan.
Ketiga, masa yang tidak sesuai. Ada rakan yang membuat rumah terbuka pada sebelah malam waktu berkerja. Ada pula yang menjemput pada hari berkerja. Dengan keadaan kesihatan mama yang memang cepat letih memang tak dapatlah mama hadir.
Selepas setiap kunjungan, mama tak lupa mendoakan tuan rumah dan keluarga semoga sentiasa dirahmati Allah dan dimurahkan rezeki sepanjang hayat mereka. Semoga rezeki yang mereka kongsi bersama mama dan keluarga mama akan dilipatgandakan. Amin...
Hari akan berlangsung acara Larian Amal Jogathon SMK Bukit Sentosa 2011.
Tujuan utamanya adalah untuk membina teduhan di tapak perhimpunan sekolah supaya pelajar tidak terdedah kepada cuaca panas dan hujan sewaktu perhimpunan dan ketika melakukan aktiviti sekolah.
Jika ada dermawan yang ingin menyumbang pada bila-bila masa, tuan/puan bolehlah berhubung dengan pihak sekolah di nombor telefon yang tertera di sini.
Peperiksaan percubaan SPM sedang berjalan hingga 29 September.
Peperiksaan akhir tahun bakal menjelang tiba.
Dari pengamatan mama, guru sedang bermati-matian untuk menyediakan pelajar mereka menghadapi peperiksaan.
PMR - untuk yang berminat untuk masuk ke sekolah berasrama berprestij ataupun ke sekolah berasrama yang dapat manampung minat pelajar dalam bidang kemahiran seperti SM Teknik atau SM Vokasional.
SPM- salah satu langkah penting untuk permulaan hidup ke alam dewasa. Yang cemerlang bolehlah ke menara gading. Yang kurang cemerlang boleh memilih untuk terus belajar mengikut pilihan yang ada atau berkerja sambil belajar atau berkerja dan terus melupakan tentang alam persekolahan.
Peperiksaan Akhir Tahun - peluang untuk meningkatkan keputusan akademik dan belajar di kelas yang lebih baik (jika keputusan cemerlang). Jika tidak, kekallah di kelas yang sama. Jika keputusan jatuh merudum, memang kena turun kelaslah.
Ibu bapa pula sedang berkeluh kesah memikirkan anak-anak yang akan ambil peperiksaan.
Anak-anak?
Ada yang kisah.
Ada yang tak kisah.
Ada yang baca buku.
Ada yang baca mukabuku..
Ada yang buat 'group study'.
Ada yang buat group melepak.
Ada yang tidur lewat buat latihan ulangkaji.
Ada yang tidur lewat buat latihan MU style Rooney.
Apa-apa saja lah.
Yang penting mereka happy.
Mama doakan semoga semua pelajar akan mencapai keputusan cemerlang dan menggembirakan hati ibu bapa mereka yang setiap hari berhempas pulas siang dan malam dan sanggup berkorban apa sahaja asalkan anak-anak mahu belajar bersungguh.
Tiada apa yang lebih menggembirakan ibu bapa selain mendapat anak-anak yang soleh dan solehah dan pulang membawa keputusan yang cemerlang hasil pembelajaran selama setahun.
Pagi pagi dah bangun sebab nak celebrate birthday Aqis kat Kemensah Waterfall. Abang Ajan tak ikut sebab dia ada tiusyen hari ini. Kek harijadi kali ini adalah home made yang dibuat oleh Mama sendiri......tak sabar kakak nak potong kek......
Sebelum tu singgah rumah Wan sebab nak ambik Ateh, Tok Syukur and Alang family's. Sampai terus aje singgah kat tempat Aqis nak mandi.
Ini adalah pondok yang disewa dengan harga RM20.00 dan parking kereta RM2.00 sebuah. Hari ini tak ada orang lain mandi kat tempat ni....macamlah kita orang sewa semuanya....
Semua orang dah tak sabar nak tunggu kakak potong kek sebab semua dah lapar. Dari pagi belum breakfast lagi....
Selepas itu.....semua orang breakfast dan terus mandi.....sejuknya air jangan kiralah....maklumlah hari masih pagi....
Setelah penat berendam......akhirnya perut berbunyi pulak. Tibalah masa untuk naik dan menjamu selera.....
Selepas berkemas, semua dah ready untuk balik......ada pulak plan lain. Alang nak belanja KFC pulak.....singgahlah kat KFC kat sebelah Carefour tu.........
Hari ini Alang banyak belanja kami....Thank You Alang.....lain kali belanja lagi tau......
Seorang pemuda yang sedang berada di tahun akhir pengajiannyamengharapkan sebuah kereta sport daripada ayahnya...lantas, si pemuda memberitahu hajatnya kepada ayahnya, seorang hartawan yang ternama...si ayah hanyatersenyum...si anak bertambah yakin, andai keputusan peperiksaannyabegitu cemerlang, pasti kereta itu akan menjadi miliknya.
Beberapa bulan berlalu...ternyata si anak, dengan berkat kesungguhannya..telahberoleh kejayaan yang cukup cemerlang..hatinya berbungakeriangan...
Suatu hari...si ayah memanggil si anak ke bilikbacaannya..si ayah memuji anaknya...sambil menyatakan betapa bangga hati seorang bapa sepertinya dengan kejayaan si anak yang cukup cemerlang...
Sianak tersenyum puas...di ruang matanya terbayang kilauan kereta sportmerah yang selama ini menjadi idamannya itu. Si ayah yang bagaikan mengerti kehendak si anak, menghulurkan sebuahkotak yang berbungkus rapi dan cantik...
Si anak terkesima...sungguh...bukanitu yg kuhajatkan. Dengan hati yang berat...kotak itu bertukar tangan...matanya terarah kepada riak wajah ayahnya...yg tidak menunjukkan sebarang perubahan;seolah2 tidak dapat membaca tanda tanya yang bersarang dihatinya Dalampada itu, si anak masih membuka pembalut yang membungkus kotak itu...penutup kotak dibuka...apa makna semua ini???..sebuah Al-Qurankecil; comel dgn cover kulit..tinta emas menghiasi tulisan khat di muka hadapan...si anak memandang ayahnya...terasa dirinya dipermainkan...amarahnya membuak...nafsu mudanya bergelojak...
Ayahsengaja mempermainkan saya...ayah bukannya tak tahu betapa saya menyukaikereta tu...bukannya ayah tak mampu utk membelikannya... sudah ayah...bukan al-Quran ni yang saya nak...katanyakeras...al-Quran itu dihempaskan ke atas meja bacaan...si anak terusmeninggalkan si ayah..tanpa memberi walau sesa'at utk si ayahbersuara...pakaiannya disumbatkan ke dalam beg..lantas, dia meninggalkan banglo mewah ayahnya...memulakan kehidupan baru dengan sekeping ijazahyg dimilikinya.
10 tahun berlalu..si anak kini merupakan seorang yangberharta...punyai syarikat sendiri...dengan isteri yg cantik dan anak-anak yang sihat...cukup membahagiakan...namun hatinya tersentuh... Sudah 10tahun..sejak peristiwa itu dia tidak pernah menjenguk ayahnya...
Sedangdia berkira2 sendiri...telefonnya berdering...dari peguam ayahnya...ayahnya meninggal dunia semalam...dengan mewariskan semua hartanya kepada sianak...si anak diminta pulang untuk menyelesaikan segala yg berkaitanperwarisan harta.
Dan buat pertama kalinya setelah dia bergelar bapa...si anak pulang ke banglo ayahnya...memerhatikan banglo ygmenyimpan 1001 nostalgia dlm hidupnya...
Hatinya sebak..bertambah sebakapabila mendapati di atas meja di bilik bacaannya...Al-quran yang di hempaskannya masih lagi setia berada disitu...bagaikan setianya hati ayahnya mengharapkan kepulangannyaselama ini...perlahan2 langkahnya menuju ke situ...mengambil al-Quranitu..membelek2-nya dengan penuh keharuan...tiba-tiba...jatuh sesuatu dari Al-Quran itu...segugus kunci...di muka belakang Al-Quran itu...sebuahsampul surat ternyata diselotepkan disitu. Kunci itu segera dipungut...hatinya tertanya-tanya...nyata sekali...di dalam sampul surat itu...terdapat resit pembelian kereta idamannya...dibeli padahari konvokesyennya... Dengan bayaran yg telah dilunaskan oleh siayah...sepucuk warkah..tulisan tangan org yg amat dikenalinya selama ini. Hadiah teristimewa utk putera kesayanganku....airmata si anak menitis deras...hatinya bagai ditusuk sembilu..penyesalanmula bertandang. Namun semuanya sudah terlambat...
Sekadar renungan bersama:
Betapa banyak kita melupakan nikmat Allah, hanya semata-mata kerana nikmat itu tidak"dibungkus", didatangkan atau diberi dalam keadaan yg kita hajati................
Seorang ibu pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat beg ibunya, si anak itu bertanya kepada ibu.....
Anak : Ibu...ibu.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ibu : Hmmm....nak tanya apa?
Anak : Ibu...berapa pendapatan ibu sejam di pejabat?
Ibu : Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ibu mula menengking.
Anak : Amin saja nak tahu ibu.... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ibu sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ibunya.
Ibu : 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Jerkah ibunya lagi.
Anak : Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak : Ibu.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari Ibu?
Si ibu mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ibu? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit? Nak beli mainan lagi?? Ibu penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ibu duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ibu kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukanduit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah, si ibu melangkah menuju ke bilik anaknya. Didapati anaknya masih belum tidur.
"Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ibu mengeluarkan sekeping duit warna merah.
Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyak ibu!"
Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si ibu kembali berang.
"Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"
Amin tunduk..... tak berani dia merenung ibunya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan.....
"Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ibu bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ibu sebab Amin tak cukup duit..."
"Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ibunya lagi.
"Ibu.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ibu ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ibu di pejabat tu. Amin nak ibu balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ibu.." jelas Amin tanpa memandang wajah ibunya...
Pengajaran dari cerita di atas:
Kongsilah cerita ini dengan sessiapa sahaja yang anda suka tapi... yang penting sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama-sama dengan insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja esok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk...
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama-sama dengan mereka-mereka yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..
Bayangkan.....bila dah berkerja nanti...kalau kita mati..pihak syarikat akan senang-senang cari orang lain gantikan kita. Tapi..keluarga yang kita tinggalkan di dunia ini pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka...Fikirlah...selama ni...apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang???
Mama hope Ajan and Aqis would never celebrate this day okay.
It is not for us.
Hari Valentine semakin menghamipiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata. Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati….
Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya.
Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan ‘supercalis‘ bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine. Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis From your Valentine.
Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa valentine adalah sempena hari kejatuhan Kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM!
Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.
Semoga anda semua mengambil iktibar!!!
Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol..
Since I am in the afternoon session and not a form teacher, I am not that exhausted today. A hectic day but still have time to settle my things and clear my desk.
I woke up really early today, as early as 4.30am just to make sure I had ample time to make breakfast for my two wonderful children. I also wanted to make sure I did not miss their first day to school for this year.
Dan janganlah orang yang mempunyai kelebihan dan kemampuan di antara kamu bersumpah untuk tidak memberi bantuan kepada kaum kerabat, orang-orang miskin, dan orang-orang yang berhijrah pada jalan Allah dan hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada (tidak membalas kezaliman orang yang menzalimi mereka). Apakah kalian tidak senang jika dosa kalian diampuni Allah? Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(An-Nur,24: Ayat 22)