Hidup kita  sememangnya sukar diduga.


Orang sekeliling sukar diramal.


Sukar membaca apa yang tersirat dalam hati dan fikiran orang di sekeliling kita.


Saya belajar untuk tidak sesekali cuba membaca apa yang bermain dalam fikiran manusia lain kerana jika silap perkiraan, buruk padahnya.


Saya cuma membuka mata dan hati dan cuba melihat apa yang ingin disampaikan kepada saya melalui tutur kata, bahasa badan, lirikan mata dan apa-apa sahaja yang membantu menterjemahkan perasaan mereka kepada saya.


Saya bukan ahli silap mata atau pakar psikik yang boleh membaca fikiran manusia lain.


Jika tidak diberitahu, saya tidak tahu.


Jika bermasalah dengan saya tetapi bercerita kepada orang yang tidak berkenaan yang hanya menokok tambah dan suka mengapi-api, saya tak akan tahu silap saya dan takkan tahu sampai bila-bila pun sebab saya tak boleh tembus ke dalam fikiran orang lain.


Jika ada masalah, saya akan cari jalan penyelesaian dan jika tiada jalan penyelesaian, saya diajar untuk menguruskannya sebaik mungkin berdasarkan keadaan dan situasi semasa.


Tidak semestinya keputusan yang diambil itu betul, tetapi pada masa dan ketika, itu, keputusan itulah yang dirasakan terbaik dilakukan untuk tidak terus memburukkan keadaan.


Berundur tidak bererti kita kalah.


Hanya Allah yang Maha Mengetahui akan apa yang ada dalam hati hamba-hambanya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...