16 OKTOBER 2009
(HARI PERTAMA DI WAD AR-RAIHAN, 

HOSPITAL PUSRAWI JALAN TUN RAZAK)




Pagi ni semua orang orang bangun awal.
Mandi-mandi dan solat subuh.
Sebab Aqis kena masuk wad jam 8.30pagi.
Kami sarapan di Restoran Salam, Bukit Sentosa je sebab Aqis kena puasa mula jam 7.00pagi.
Aqis makan roti bakar dan air suam.
Tepat jam 7.00 pagi, Aqis mula berpuasa.




Tak dapat nak ceritakan perasaan resah dan gelisah kat dada ni.
Macam-macam bermain di fikiran.
Malam semalam terpaksa makan ubat pain killer untuk bagi tidur tapi masih terkebil-kebil sampai subuh.
Tak boleh nak tidur.
Kepala melayang entah ke mana-mana.
Tak tahu terlelap pukul berapa.











Selamat datang ke wad pediatrik Ar-Raihan, Hospital PUSRAWI, Jalan Tun Razak.







Ini hiasan lantai di wad Ar-Raihan
Cantik kan...









Ini adalah antara mural dan hiasan dinding yang menceriakan wad pediatrik Ar-Raihan
Menarik kan...









Pukul 9.00pagi baru Aqis boleh masuk wad.
Wad Pediatik Ar-Raihan, Tingkat 6, Bilik 11 Katil 1.
Jururawat yang ada semuanya peramah dan lembut berbahasa.
Aqis terus naik katil dan berbaring.
Dah lama dia nak buat begitu, sejak mamanya asyik masuk hospital.
Sehingga ketika ini, dia masih ceria dan keletah.
Belum rasa gabra nak masuk ke dewan bedah agaknya.











Pembedahan dijadualkan pada pukul 12.30 tengah hari.
Aqis tukar ‘uniform’ hospital dan main komputer.
Sekejap je sebab dia rasa penat.
Pukul 10.30pagi Aqis tidur sebab lama menunggu untuk ke dewan bedah.
Papa dia pun tumpang tidur sebab malam tadi berjaga sampai pagi siapkan assignment dia.









Ajan temankan kami dengan caranya sendiri.
Biasalah budak lelaki tengah membesar.
Baru je tingkatan dua.
Baru 14 tahun.
Baru je tumbuh misai.
Lagipun dia dah tahu urutan peristiwa kalau masuk ke hospital ni.
Sejak 2006, dia memaang peneman setia saya tiap kali masuk hospital ni.
Alat permainan dia : laptop, tv di ruang tamu dan handphone.
Bila rasa bosan: jalan-jalan di sekitar hospital dan shopping di koperasi hospital.
Masih rasa bosan: Tidur je lah.









Pukul 12.15pm, jururawat datang untuk bawa Aqis ke dewan bedah.
Aqis masih tidur lagi.
Dengan mamai-mamai tidurnya, dia ke bilik air, cuci muka dan ambil wudhuk.
Bila disuruh pakai ‘cap’, muka dia dah mula berubah.
Baru tersedar dia kan dibedah agaknya.
Tapi mama dan papa dia buat tak nampak je.
Suruh dia baca doa dan zikir sepanjang perjalanan ke dewan bedah.


Dewan bedah tu memang sejuk sangat-sangat.
Sejak tahun 2006, dah lebih dari 5 kali saya mendapat perkhidmatan istimewa di situ.
Jadi keadaannya memang sangat familiar.
Dan dah tahu sangat prosedurnya.
Pada masa inilah suruh Aqis terus baca ayat-ayat Quran dan apa-apa zikir.
Air mata Aqis mengalir walaupun dia cuba tahan.
Mungkin baru terasa bawa dia akan dibedah.
Mungkin baru terfikir segala kemungkinan bila dia masuk ke situ.
Mungkin dia risau akan dicucuk jarum sebelum pembedahan dimulakan.
Atau mungkin melihat saya yang tak dapat menahan sedih melihat dia di atas stretcher.


Apapun,Aqis memang kuat semangat walaupun baru berumur 8 tahun.
Masa ditolak ke dewan bedah pada tepat jam 12.30pm, dia masih mengalirkan air mata, tersekat-sekat kerana dia cuba untuk tidak menangis.
Tetapi tidak sekalipun dia meraung atau menjerit ketakutan.
She is a strong girl!
Bangga dapat anak macam dia.










Penantian itu memang satu penyiksaan.
Di sini ada disediakan bilik menunggu.
Agak selesa.
Tapi bila anak berada dalam dewan bedah, tanpa saya tahu apa yang sedang berlaku di dalam sana, semuanya jadi tak keruan.
Terpaksalah buat apa sahaja yang dapat menghilangkan perasaan yang berkecamuk di dalam diri ini.
Tak putus-putus doa dibaca agar semuanya berjalan dengan lancar.
Menunggu dan terus menunggu.
Ya ALLLAH.
SELAMATKANLAH ANAKKU.
Amin.









ALHAMDULILLAH.
Tepat jam 2.25 pm, Aqis ditolak keluar dari dewan bedah.
Nampak pucat dan tak bermaya.
Dia masih lagi mamai sebab kesan bius masih ada lagi.
Sampai di katil, dia masih belum membuka mata.
Setengah jam lepas tu, dia buka mata dan minta dibawa ke bilik air untuk buang air dan muntah.













Dalam bilik air, tak tahan tengok dia sakit.
Bila dia nak buang hingus dan muntah, darah keluar memercik dari hidung dan mulutnya.
Kesian sangat kat dia masa tu.
Memang meruntun jiwa seorang ibu.
Dahlah ke hulu ke hilir kena bawa ‘drip’.
Kena gak tahan dari menangis sebab kalau tak dia pun akan menangis sama.
Makin banyaklah meleleh darah dari dari hidung dia nanti.




Lepas keluar tandas, saya suruh dia tidur semula sebab dia hanya boleh minum sedikit selepas pukul 4 pm.
Senang jaga Aqis.
Dia ikut je apa yang mama dan papa dia suruh.
Merengek pun tidak.
Semoga akan sihatlah dia selepas ni.
Amin.











Inilah ketulan daging polyps (berwarna kuning cair) yang menimbulkan ketidakselesaan kepada Aqis selama ini.
Alhamdulillah cepat dirawat.
Jika tidak, mungkin kena buat 'open surgery' pula bila ketulan polyps itu menjadi besar.
Terima kasih Allah.








Dalam pukul 4.30pm, Aqis mula minum.
Mula-mula minum air masak.
Bila tak muntah, minum air Milo.
Tak muntah lagi, suap dia bubur nasi.
Kemudian mulalah dia 'pot pet' seperti biasa.
Barulah rasa lega.
Barulah senang hati.
Alhamdulillah Ya Allah.
Aqis is back in action!


Apa perasaan Aqis lepas kena bedah ?
Tak best.
Tak seronok.
Sakit hidung dan tekak.
Pening sikit.
Doktor tu bius dulu baru cucuk jarum di tangan dan kat lain-lain tempat.
Tak nak dah masuk hospital.
Kakak nak jaga kesihatan kakak supaya kakak sihat (sambil tersenyum simpul dan wink wink)




Nasi yang hospital bagi tu sebenarnya untuk Aqis.
Tapi Aqis takde selera sebab tekaknya masih sakit lagi.
Jadi, tak baik membazir makanan yang sedap kan.
Maka Ajan pun sudi membuat amal jariah dengan menghabiskan makanan tersebut:)
Kesian anak lelakiku ini.
Mak tinggal kat hospital.
Jadi makan pun makanan hospital.
Kesian... kesian...


Tapi dia dah biasa makan nasi hospital.
Sedap katanya.
Dia memang bagus.
Pasal makan. tolak kayu batu.
Senang sangat nak jaga anak saya yang seorang ni.



Namun begitu, hati masih diulit keresahan sebab sehingga pukul 5pm, hidung dia masih berdarah dan hingusnya masih merah berdarah.
Harap-harap esok hidungnya tidak lagi berdarah dan dia tidak lagi berhingus.




Lepas diberi 'nasal spray' dan makan ubat, Aqis 'pengsan'.
Pertama: sebab makan ubat agaknya.
Kedua : sebab kesan ubat bius masih belum hilang.
Ketiga : sebab terlalu aktif lepas baru beberapa jam keluar dewan bedah.
Keempat : sebab macam-macam.
Papanya pun 'pengsan' sebab setia meneman anak kesayangannya semasa di hospital ni.



Inilah katil saya sepanjang di hospital ni.
Bangun pagi pun ok je.
Taklah sakit pinggang sangat.
Tapi memang rasa letih.
Agak selesa tapi mestilah seenak katil sendiri di rumah kan... kan... kan....


Memandangkan ini wad kanak-kanak, memang 'meriahlah' siang dan malam.
Ingatan untuk diri saya sendiri : Kalau had waktu lawatan dah ditetapkan, janganlah pandai-pandai ubah.
Ramai pesakit nak berehat.
Kalau kanak-kanak yang sakit, lagilah mereka perlukan rehat yang secukupnya..
Ingatlah dan kasihankanlah pesakit-pesakit yang ada di sekeliling kita.
Orang yang menjaga pesakit pun kena juga dikasihankan sebab mereka pun lebih kurang macam pesakit juga bila jaga budak-budak kecil.
Apalagi kalau jaga bayi yang tak tau apa-apa.



Wan, Achik dan Andak datang melawat kakak.
Seperti biasa, kunjungan mereka siap dengan bekalan secukupnya dan melimpah ruah buat pesakit dan juga tukang jaga orang sakit.
Ada nasi, ada sambal ikan bilis, ada masak lemak, ada ikan goreng siakap, ada kek marble dan paling best sekali, ada wang saku.
Time kasih... time kasih
Orang lain tak datang sebab bekerja.
Kalau tak, memang jadi perkampungan kat sini.
Terima kasih atas kunjungan anda semua.






17 OKTOBER 2009
(HARI KEDUA DI WAD AR-RAIHAN, 

HOSPITAL PUSRAWI JALAN TUN RAZAK)




Selepas mandi pagi dalam pukul 8.00pagi, jururawat datang beri Aqis ubat.
Aqis diberi ubat 'nasal spray' dan ubat untuk makan.
Lepas ambil ubat 'nasal spray' Aqis perlu berbaring dan rehat dalam 3 - 4 minit sebelum bergerak ke mana-mana.
Bukan saya cakap, jururawat yang cakap ya.




Apa kata Dr. Amir Izwan lepas memeriksa Aqis?
Dia kata: Aqis perlu diberi di'observe' untuk satu hari lagi sebab hidungnya masih berdarah.
Kalau esok semuanya okay, Aqis boleh balik rumah.
Insyaallah.


Apa maksudnya?
Maksudnya: Aqis kena tidur di hospital untuk satu malam lagi.
Maksudnya: Mama kena bermalam di hospital satu malam lagi untuk temankan Aqis di sini.


Jadi masalah ke?
Tak jadi masalah pun.
Aqis kan anak mama.
Mestilah mama temankan kakak, kan sayang mama.
Kalau hospital benarkan, papa dan abang Ajan pun nak temankan kakak kat sini tau.
Semua orang sayang kakak sangat-sangat.
Kan kita cuma ada diri kita berempat je.
Susah senang kita bersama, okay sayang.



Aqis kena makan ubat dan antibiotik.
Hidungnya masih meleleh hingus, kadang-kadang bercampur darah, kekadang lendir putih.
Mungkin kesan ubat nasal spray yang di sembur ke dalam hidung Aqis.
Tisu tu lah peneman setia hidung Aqis.
Berkotak-kotak dah digunakan untuk lap darah dan hingus dari hidung Aqis.



Lepas mandi pagi tadi, Aqis terus kata, "Mama, Kakak laparlah."
Bila papa datang terus makan mihun goreng.
Lepas beberapa minit, lapar balik.
Makan nasi lemak pula.
lepas tu lapar lagi...
Makan lagi:)
Hai kakak... dah lama kakak tak macam ni.
Dah tak diet ke?
Takpe... takpe...
Makanlah asalkan tak memudaratkan tubuh kakak ok.
Yang penting kakak dah ok.
Kalau tak asyik takde selera makan, sampai kurus kering jadinya.
Alhamdulillah.



Hari ni Aqis jadi resah gelisah.
Tak tau apa nak buat sebab rasa bosan.
Baca majalah Ana Muslim, Main game kat handphone, borak-borak, buat kerja sekolah dan macam-macam lagi.
Kecuali tidur.
Mata dipejam tapi tak boleh tidur.
Biasalah kalau lepas pembedahan, habis je kesan ubat bius, susah nak tidur.
Sebab dah terlebih tidur masa kena bius tu.




Waktu petang... jeng... jeng...
Nak tidur, mata tak nak lelap.
Nak baca buku, kepala pusing-pusing lagi.
Nak keluar berjalan... hmmmmmm
Sudahnya... di sini dia menghilangkan diri...
Di Taman Permainan Ar-Raudhah.
Lihatlah tangan kirinya.
Jarum sudah dibuka.
Bebas terasa hidup Aqis:)
Harap-harap esok dah boleh keluar dah.






Nape tak nampak muka Ajan hari ni yek???
Sebab dia ikut lawatan Kadet Polis sekolah dia.
Dekat-dekat KL je.
Takpelah kan.
Bukan selalu dia dapat keluar dengan kawan-kawan dia.
Memandangkan Aqis tak boleh balik lagi hari ni, maka papa akan pergi jemput dia di tempat yang telah dijanjikan .
Makanya, dia tak ikutlah kawan-kawannya balik ke Bukit Beruntung.
Kalau tak, memang dia balik naik bas rombongan dengan kawan-kawannya.
Ajan kata: Takpelah. Demi Aqis.




Alhamdulillah Ya Allah.
Terima kasih atas segala Kurnia-MU Ya Allah.
Kami benar-benar bersyukur kepada-MU.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...