Allah menduga manusia dengan pelbagai ujian.
Ada yang diuji dengan kemewahan.
Ada yang diuji dengan kemiskinan.
Ada yang diuji dengan kesihatan diri.
Ada yang diuji dengan kesakitan.
Ada yang diuji dengan tiada zuriat.
Ada yang diuji dengan terlalu banyak zuriat.
Ada yang diuji dengan kejayaan.
Ada yang diuji dengan kegagalan.
Ada yang diuji dengan pelbagai ujian.

Rasanya tanpa iman dan taqwa, mudah goyah jiwa yang sering terbelenggu dengan pelbagai tekanan dan masalah.
Moga Allah akan terus membantu kami sekeluarga untuk terus kuat, tabah, sabar dan sentiasa bersama dalam susah dan senang, dalam suka dan duka, dalam sihat dan sakit.
Semoga kami sekeluarga dilindungi daripada orang yang fasik, musuh yang nampak dan tidak nampak, bencana yang nampak dan tidak nampak.
Kami mohon apa yang dipohon oleh Nabi Muhammad s.a.w dan kami mohon perlindungan daripada apa yang dipohon perlindungan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Amin.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...