Juadah raya dan bukan raya buat tetamu yang dinanti.
Masakan wajib adalah sambal sebab Sue suka.
Masak nasi ayam sebab sesuai untuk semua dan mudah disediakan.
Seronok tengok orang makan masakan kita.
Sedap atau tidak, ikut selera masing-masing.



Semua menjamu selera.
Tak kisahlah sebab lapar ke, sebab sedap ke.
Yang penting, ikut kata tuan rumah "Kalau makanan tak habis, tak boleh balik":)
Saja je cakap gitu.
Bukan selalu dapat datang kan.
Sue duduk jauh nun di Besut, Terengganu tu.
Bila datang sesekali, kenalah makan banyak sikit kan.
Masakan yang dimasak dengan penuh kasih sayang:)
Saya hargai sangat-sangat kedatangan awak ke rumah saya.








Lepas makan, aktiviti bebas.
Makan kuih raya, tengok tv, baring-baring, lepak-lepak, borak-borak, dll.
Terima kasih daun keladi.
Bila-bila turun KL, marilah lagi ke BB.
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN SEIKHLAS HATI.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...