Happy Birthday To You...
Happy Birthday To Ajan...
Happy Birthday To My Son...
Happy Birthday Sayang Mama...



For the first time in my life, I baked a birthday cake for my child's birthday!
Yessss...I did it...I did it...
It may not be beautifully decorated or tasted like the one I always buy from Secret Recipe, but it tasted good because I baked it with lots of love and Ajan knew it.
And he loved it!!!

*** AQIS  : Mama, can I have strawberry cake for my birthday?
       MAMA: Of course sayang mama. Insyaallah.








Hari ini 28   Disember 2009,secara rasminya hari pertama mama mula bekerja untuk tahun 2010 walaupun masih lagi dalam tahun 2009. Hari ini mama terlibat dengan Mesyuarat Guru 2010 Kali Pertama, Mesyuarat Kelab Guru dan Kakitangan 2010 dan Mesyuarat Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu  bagi pelajar tingkatan satu 2010.


Mesyuarat Guru bermula 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengah hari. Mama dah boleh balik. Tapi cikgu-cikgu yang terlibat dengan Mesyuarat Kurikulum a.k.a mesyuarat orang besar-besar, masih meneruskan mesyuarat. Sampai pukul berapa, mama tak tahu.

Kami memang masih dalam cuti tapi pekeliling menyatakan kami boleh dipanggil bila-bila masa mengikut keperluan. Jadi, ikut je lah kan.


Pada hari ni, semua dah dapat tugasan masing-masing. Tapi mungkin ada penambahan atau pengurangan. Biasalah kan. Ada sahaja cabaran. Kalau tak, bukan hidup namanya. Hanya orang yang kuat dan cekal dapat mengharungi segala cubaan dan dugaan yang mendatang. 

Cakap pasal cabaran, dalam bidang kerja mama, pada mama, ibu bapa paling  banyak memberi cabaran kepada kami guru-guru. Tak nak ucap terima kasih tak apa. Tak nak pandang kami, tak payah pandang. Tapi anggaplah kami sebagai manusia biasa seperti mereka juga. Anggaplah kami menjaga anak-anak mereka bagi pihak mereka semasa mereka sibuk bekerja mencari duit untuk kesenangan hidup mereka.  memang kami dapat gaji, tapi kami bukan orang gaji yang menjaga anak mereka untuk dimarah, diherdik, dimaki dan dikata sesuka hati mereka. Kalau tak puas hati, bawalah berbincang secara elok. Kalau marah sangat pun, layan kami sebagai  manusia yang bertamadun, bukan binatang yang boleh dikata sesuka hati. 

Ibu bapa selalu ungkit tentang cuti guru. Memang cuti kami 'banyak' tapi banyak menyiapkan kerja-kerja 'ghaib' yang tak kelihatan di mata ibu bapa. Tak larat nak senaraikan kat sini.   Semuanya demi anak-anak mereka. Kadang-kadang, anak guru sendiri terbiar kerana masa guru lebih banyak berada di sekolah bersama anak-anak orang daripada berada di rumah bersama anak sendiri. Kalau tak percaya, saya cabar mana-mana ibu bapa yang kata guru ni makan gaji buta, guru 24 haribulan, guru kerja goyang kaki je, marilah jadi sukarela jadi guru ganti di sekolah ni selama sebulan . Datanglah kerja masa bulan Januari. Mesti bila balik tidur mati sebab penat macam nak mati. Tapi kami guru-guru relaks je sebab ini memang kerja kami, kami dah biasa. Kalau berani, cubalah. Lepas tu bagi tau kami, betul ke kami banyak cuti dan berehat? Betul ke kami ni kerja goyang kaki? Betul ke kami ni makan gaji buta? Saja timbulkan isu ni sebab pentadbir banyak terima aduan daripada ibu bapa dan juga kemarahan dan sumpah seranah mereka sedangkan masalah yang ditimbulkan boleh dibawa berbincang. Mentang-mentang berkedudukan tinggi, suka-suka je marah orang. Mentang-mentang kenal orang politik, suka-suka je cakap apa saja. Berharta tapi tak tahu berbahasa tak guna. Geram betul dengan orang-orang yang berlagak ni.

Mama memang bersyukur sangat-sangat sebab dapat pindah dan berkerja di tempat sekarang. Banyak yang mama dapat jimatkan dari segi masa,  fizikal, mental, kewangan dan lain-lain lagi.  Yang penting, mama dapat luangkan lebih banyak masa dengan anak-anak masa. Dah beberapa tahun ni, macam anak terbiar je Ajan dan Aqis.  Mana taknya... Mama kerja keluar pagi lepas Subuh. Drive satu jam baru sampai tempat kerja. Balik dah petang. Mulalah tak sihatlah, sakit sana, sakit sini, peninglah... Macam-macam ada... Sampai jadi macam zombie... Alhamdulillah....Suami dan anak memahami dan menjadi sumber kekuatan untuk terus hidup. Kalau tak tahulah... Jadi sekarang ni, mama kenalah pandai atur masa dan habiskan masa  berkualiti dengan mereka sebab semua orang dah sibuk buka sekolah ni. Tahun ni Ajan PMR, lagilah dia sibuk. Kena bagi banyak moral support kat dia. Go Ajan go...

Harap-harap tahun semuanya akan berjalan lancar segala perancangan hidup, keluarga dan kerja. Moga mama sihat sepanjang tahun supaya dapat menunaikan ibadat kepada-NYA, dapat meningkatkan kualiti  kerja  dan menghabiskan masa berkualiti dan bermakna bersama ahli keluarga tersayang. Amin...

Esok sampai Khamis, mesyuarat dan mesyuarat lagi...



Kasih seorang ibu terhadap anak.
Kasih seorang nenek kepada cucu.
Kasih sayang berkekalan selagi hayat dikandung badan.





Tiap kali cuti sekolah, rumah wan memang penuh dengan anak-anak dan cucu-cucu.
Memang meriah dan dan riuh rendah.
Memang wan pening kepala.
Memang wan penat.
Memang wan rasa bising rumah.
memang wan rasa macam nak pecah rumah.
Tapi wan suka.
Wan gembira.
Wan bahagia.
Masa cuti nilah cucu berkumpul, berjumpa, bercerita dan berkenal mesra.

Masa cuti ni juga cucu-cucu mula gatal sana, gatal sini.
Mungkin terlalu banyak bermain.
Mungkin telalu banyak berpeluh.
Mungkin terkena kotoran di sekeliling.



Sebagai ibu dan nenek yang prihatin, wan pun suruh mama bawa dia ke Kg. Kemensah, sebuah kampung Melayu dekat Zoo Negara di Taman Melawati.
Wan kata di situ banyak daun gelenggang sebab daun gelenggang banyak tumbuh liar di tepi-tepi jalan berhampiran dengan sungai.
Daun gelenggang ni di masak dengan belerang dan minyak masak dan menjadi ubat gatal-gatal kulit yang mujarab.
Bila kami pergi, memang ada daun tu.
Memang rezeki kami.
Alhamdulillah.
Bila dah dapat daun tu, wan pun tumbuk semua daun tu, campur dengan belerang dan minyak masak dan dimasak dengan api yang perlahan.
Minyak ubat gatal tu diagihkan kepada anak-anak wan untuk digunakan bila cucu-cucu wan  gatal-gatal.

Begitulah kasih sayang ibu kepada mama dan wan kepada Ajan dan Aqis, Pn. Rohani bt. Ismail terhadap anak cucunya.
Tak kira  apa jua ujian dan badai melanda, kasih sayang wan terhadap anak cucu dan saudara maranya tetap utuh dan teguh.
Dulu memang dia seorang yang tegas, pemarah dan macam-macam lagi tetapi sebagai manusia biasa, itu adalah lumrah kehidupan.
Tambahan pula berhadapan dengan kehidupan sukar dan mencabar di mana dia terpaksa mencari sesuap nasi untuk dirinya dan 9 orang anak tanpa sebarang bantuan suami di sisi.
Jika tidak tegas, jika tidak garang, jika tidak berkeras, mana mungkin kami menjadi seperti diri kami pada hari ini.
Itulah jasa seorang ibu bernama Rohani bt. Ismail.
Mama bersyukur dapat seorang ibu yang sentiasa mendahulukan anak-anaknya sebelum kepentingan dirinya.

Tetapi pada hari ini, wan sudah jauh berubah.
Dia sudah pandai berjenaka.
Dia bersikap lebih terbuka.
Dia lebih memahami anak-anaknya.
Mungkin kerana anak-anaknya semua sudah dewasa.
Mungkin kerana kepayahan hidup sudah menjadi satu sejarah silam dalam hidupnya.
Mungkin cucu-cucunya berjaya melembutkan hatinya.
Mungkin dia ada sebabnya yang tersendiri.
Tak kisahlah apa pun sebabnya.
Yang penting... wan sayang kami dan kami sayang wan.
Selama-lamanya.


Cuti sekolah akhir tahun 2009 memang lain dari tahun-tahun sebelumnya. bermula dengan keinginan untuk menjadikan hari ni lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini, maka pelbagai aktiviti dirangka dan direalisasikan. Mula-mula tu liat jugalah sebab badan tak sihat dan rasa tak larat je..  Namun begitu, dengan semangat waja dan keazaman yang menebal serta tekad yang menggunung tinggi, mama gagahkan jua...(read: ha...ha...ha...ha..) Terima kasih jua kepada Balqis kerana dialah punca utama mama terus mencuba dan mencuba...Kenapa dia??? Sebab bila dia pergi rumah wan dan makcik-makcik dia, mereka semua memasak kuihlah, keklah, kuih cawanlah, menjahitlah, macam-macamlah... tapi mak dia tak  buat pun benda-benda tu...Asyik masak nasi dan lauk pauk je... Jadi, perubahan mama ini sebahagian besarnya adalah untuk memenuhi keinginan diri Balqis sebagai seorang anak  perempuan yang suka mencuba resepi-resepi baru.




Apa yang mama dah buat sepanjang cuti ni???
a) Memasak kek
Walaupun ibu mama memang pakar membuat kek dan mendapat keuntungan daripada jualan keknya, memang  mama tak pernah termimpi akan belajar membuat kek dengannya, apatah lagi untuk membuat sendiri kek. Tapi... mama hanya merancang, Allah lebih berkuasa. Dia telah membuka pintu hati mama untuk belajar membuat kek! Mula-mula mama beli oven khas untuk mama bakar kek dan biskut sahaja. Tak boleh campur untuk bakar ikan atau daging atau ayam atau apa-apa selain biskut dan kek. nanti tak rasa biskut atau kek ... tapi jadi biskut rasa ayam atau kek rasa daging! Mama juga telah membeli 'mixer' untuk memukul telur dan membuat adunan kek. Tak adalah lenguh sangat tangan nak memukul dan memutar adunan kek. Dahlah tangan mama ni dua-duanya pernah dibedah:(  Mahu tercabut  dua-dua tangan ni...



Alhamdulillah Ya Allah! Kini boleh dah mama buat kek belang, kek coklat dan kek cawan. Mama buat kek yang senang-senang dulu, nanti bila dah mahir baru buat kek yang renyah sikit. Mungkin tak sedap sangat tapi yang penting mama dah boleh berkerjasama dan masak bersama-sama dengan Balqis. Dia suka dan seronok membantu mama memasak. Jazlan pun suka gak, suka makan:)




b)  Memasak Dadih



Idea nak  masak  dadih ni sebenarnya timbul bila timbul keinginan untuk mencari rezeki lebih melalui perniagaan. Rasa -rasa macam dadih ni senang nak buat dan jual dan ramai suka makan. Tapi saya buat dadih yang rasa macam jelly sikit sebab papa suka yang macam ni. tapi modalnya lebihlah sikit. Tapi mama akan cuba gak buat dadih yang banyak dijual di pasar-pasar malam. Yang itu banyak sikit  untungnya:) Sekarang ni masih lagi dalam proses cuba jaya untuk mencari resepi tersedap dan teruntung, pelanggan suka, penjual untung. Insyaallah.






c) Memasak Nasi dan Lauk Pauk
Mama beli buku resipi dan masakan. Mama pinjam buku resepi dan masakan. Mama  layar internet untuk cari resepi. Mama cuba macam-macam masakan yang mama tak pernah masak. Mama masak nasi bukhari ayam. Sedap. Mama masak ayam masak merah. Sedap. Mama masak dalca. Sedap. Mama masak briyani daging. Sedap. Macam-macam lagi mama masak. Semua sedap (untuk keluarga mama lah). Untuk orang lain, mungkin selera berbeza. Yang penting, mama masak untuk keluarga mama dan mereka suka. Itulah yang penting!





d)  Menjahit 
Alhamdulillah... Tahun ini mama dapat jimatkan banyak duit. Tahun dulu-dulu mama habiskan lebih kurang RM200 semata-mata untuk potong kaki dan lengan uniform  sekolah dan jahit lencana baju sekolah baru. Terkebil-kebil mata masa membayarnya. Terkedu dan terkesima. 


Dua tahun lepas memang ada seru untuk menjahit sendiri pakaian sekolah Jazlan dan Balqis. Dua tahun lepas memang ada beli mesin jahit untuk mula belajar menjahit. Tapi niat tinggal niat je...Sebab? Niat dah jadi lemau...Pas tu mula tak sihat je badan mama ni... mesin jahit tu pun tersimpan elok di dalam kotaknya tanpa dibuka, diusik atau digunakan:( Kesian mesin jahit tu terbiar tanpa diusik selama dua tahun...


Tapi tahun ni, nasib mesin  jahit tu baik... Dia dapat memberi jasa kepada tuannya, iaitu mama... Tahun ini mama jahit sendiri lencana  di baju sekolah anak-anak mama. Tahun ini mama potong  dan jahit kaki seluar dan kain sekolah Ajan dan Aqis. Tahun ini mama potong dan jahit lengan baju sekolah Aqis. Tahun ini  Ajan dan Aqis bangga sebab mama dah boleh menjahit baju sekolah mereka. Walaupun benda cuma perkara biasa pada ibu-ibu lain, tapi pada mama, ini satu peningkatan dalam kualiti kehidupan mama. Sekurang-kurangnya, ada perubahan positif dalam hidup mama. Alhamdulillah.




Ini adalah antara perkara yang dapat mama buat pada masa cuti ini selain beberapa perkara lain. Alhamdulillah sebab Allah sentiasa memberi peluang kepada mama untuk berusaha memperbaiki diri dan bersama-sama dengan orang yang tersayang. Apa sahaja yang mama buat adalah demi orang yang mama sayang. 


Mama sayang papa, Ajan dan Aqis. 
Mama sayang Wan, adik-beradik dan keluarga.
Mama sayang anda semua.


Siti Masturah bt. Mat Amin dan suami..







Balqis memang suka dapat hadir majlis perkahwinan...
Suka bergambar kenangan







Balqis memang 'wajib' ambil gambar dengan pengantin...







Pengantin yang bagai pinang dibelah dua...memang sepadan...







Dapt juga bergambar dengan pasangan pengantin...







Mama dulu takde gerbang ni... dapat bergambar pun jadilah...







Mama bersama Suryani, kakak sulung pengantin perempuan







Kakak sulung dan adik bongsu







Tetamu yang sentiasa mendoakan semoga pasangan pengantin bahagia sehingga ke akhir hayat...







Suryani dan keluarga bahagianya...



Hari ini genap 4 tahun arwah  ayah mertua mama, Allahyarham Haji Alias bin Muhamad kembali ke rahmatullah. Sehingga kini, mama masih merindui dia kerana dia seorang insan yang sangat baik. Sangat ikhlas. Sangat penyayang. Sangat memahami. Walau apa pun yang berlaku, dia tetap menerima kami seadanya. Walau apa pun orang kata, Ayah tetap menyayangi mama sekeluarga. Walau apa pun yang terjadi, Ayah tetap memberi sokongan. Walaupun Ayah kini sudah tiada di sisi kami, kami sentiasa menyayangi Ayah dan semoga Ayah tenang  bersama orang - orang yang  beriman.  Al-Fathihah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...