Hari ini 28 Disember 2009,secara rasminya hari pertama mama mula bekerja untuk tahun 2010 walaupun masih lagi dalam tahun 2009. Hari ini mama terlibat dengan Mesyuarat Guru 2010 Kali Pertama, Mesyuarat Kelab Guru dan Kakitangan 2010 dan Mesyuarat Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu bagi pelajar tingkatan satu 2010.
Mesyuarat Guru bermula 8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengah hari. Mama dah boleh balik. Tapi cikgu-cikgu yang terlibat dengan Mesyuarat Kurikulum a.k.a mesyuarat orang besar-besar, masih meneruskan mesyuarat. Sampai pukul berapa, mama tak tahu.
Kami memang masih dalam cuti tapi pekeliling menyatakan kami boleh dipanggil bila-bila masa mengikut keperluan. Jadi, ikut je lah kan.
Pada hari ni, semua dah dapat tugasan masing-masing. Tapi mungkin ada penambahan atau pengurangan. Biasalah kan. Ada sahaja cabaran. Kalau tak, bukan hidup namanya. Hanya orang yang kuat dan cekal dapat mengharungi segala cubaan dan dugaan yang mendatang.
Cakap pasal cabaran, dalam bidang kerja mama, pada mama, ibu bapa paling banyak memberi cabaran kepada kami guru-guru. Tak nak ucap terima kasih tak apa. Tak nak pandang kami, tak payah pandang. Tapi anggaplah kami sebagai manusia biasa seperti mereka juga. Anggaplah kami menjaga anak-anak mereka bagi pihak mereka semasa mereka sibuk bekerja mencari duit untuk kesenangan hidup mereka. memang kami dapat gaji, tapi kami bukan orang gaji yang menjaga anak mereka untuk dimarah, diherdik, dimaki dan dikata sesuka hati mereka. Kalau tak puas hati, bawalah berbincang secara elok. Kalau marah sangat pun, layan kami sebagai manusia yang bertamadun, bukan binatang yang boleh dikata sesuka hati.
Ibu bapa selalu ungkit tentang cuti guru. Memang cuti kami 'banyak' tapi banyak menyiapkan kerja-kerja 'ghaib' yang tak kelihatan di mata ibu bapa. Tak larat nak senaraikan kat sini. Semuanya demi anak-anak mereka. Kadang-kadang, anak guru sendiri terbiar kerana masa guru lebih banyak berada di sekolah bersama anak-anak orang daripada berada di rumah bersama anak sendiri. Kalau tak percaya, saya cabar mana-mana ibu bapa yang kata guru ni makan gaji buta, guru 24 haribulan, guru kerja goyang kaki je, marilah jadi sukarela jadi guru ganti di sekolah ni selama sebulan . Datanglah kerja masa bulan Januari. Mesti bila balik tidur mati sebab penat macam nak mati. Tapi kami guru-guru relaks je sebab ini memang kerja kami, kami dah biasa. Kalau berani, cubalah. Lepas tu bagi tau kami, betul ke kami banyak cuti dan berehat? Betul ke kami ni kerja goyang kaki? Betul ke kami ni makan gaji buta? Saja timbulkan isu ni sebab pentadbir banyak terima aduan daripada ibu bapa dan juga kemarahan dan sumpah seranah mereka sedangkan masalah yang ditimbulkan boleh dibawa berbincang. Mentang-mentang berkedudukan tinggi, suka-suka je marah orang. Mentang-mentang kenal orang politik, suka-suka je cakap apa saja. Berharta tapi tak tahu berbahasa tak guna. Geram betul dengan orang-orang yang berlagak ni.
Mama memang bersyukur sangat-sangat sebab dapat pindah dan berkerja di tempat sekarang. Banyak yang mama dapat jimatkan dari segi masa, fizikal, mental, kewangan dan lain-lain lagi. Yang penting, mama dapat luangkan lebih banyak masa dengan anak-anak masa. Dah beberapa tahun ni, macam anak terbiar je Ajan dan Aqis. Mana taknya... Mama kerja keluar pagi lepas Subuh. Drive satu jam baru sampai tempat kerja. Balik dah petang. Mulalah tak sihatlah, sakit sana, sakit sini, peninglah... Macam-macam ada... Sampai jadi macam zombie... Alhamdulillah....Suami dan anak memahami dan menjadi sumber kekuatan untuk terus hidup. Kalau tak tahulah... Jadi sekarang ni, mama kenalah pandai atur masa dan habiskan masa berkualiti dengan mereka sebab semua orang dah sibuk buka sekolah ni. Tahun ni Ajan PMR, lagilah dia sibuk. Kena bagi banyak moral support kat dia. Go Ajan go...
Harap-harap tahun semuanya akan berjalan lancar segala perancangan hidup, keluarga dan kerja. Moga mama sihat sepanjang tahun supaya dapat menunaikan ibadat kepada-NYA, dapat meningkatkan kualiti kerja dan menghabiskan masa berkualiti dan bermakna bersama ahli keluarga tersayang. Amin...
Esok sampai Khamis, mesyuarat dan mesyuarat lagi...
0 comments:
Post a Comment