Kasih seorang ibu terhadap anak.
Kasih seorang nenek kepada cucu.
Kasih sayang berkekalan selagi hayat dikandung badan.





Tiap kali cuti sekolah, rumah wan memang penuh dengan anak-anak dan cucu-cucu.
Memang meriah dan dan riuh rendah.
Memang wan pening kepala.
Memang wan penat.
Memang wan rasa bising rumah.
memang wan rasa macam nak pecah rumah.
Tapi wan suka.
Wan gembira.
Wan bahagia.
Masa cuti nilah cucu berkumpul, berjumpa, bercerita dan berkenal mesra.

Masa cuti ni juga cucu-cucu mula gatal sana, gatal sini.
Mungkin terlalu banyak bermain.
Mungkin telalu banyak berpeluh.
Mungkin terkena kotoran di sekeliling.



Sebagai ibu dan nenek yang prihatin, wan pun suruh mama bawa dia ke Kg. Kemensah, sebuah kampung Melayu dekat Zoo Negara di Taman Melawati.
Wan kata di situ banyak daun gelenggang sebab daun gelenggang banyak tumbuh liar di tepi-tepi jalan berhampiran dengan sungai.
Daun gelenggang ni di masak dengan belerang dan minyak masak dan menjadi ubat gatal-gatal kulit yang mujarab.
Bila kami pergi, memang ada daun tu.
Memang rezeki kami.
Alhamdulillah.
Bila dah dapat daun tu, wan pun tumbuk semua daun tu, campur dengan belerang dan minyak masak dan dimasak dengan api yang perlahan.
Minyak ubat gatal tu diagihkan kepada anak-anak wan untuk digunakan bila cucu-cucu wan  gatal-gatal.

Begitulah kasih sayang ibu kepada mama dan wan kepada Ajan dan Aqis, Pn. Rohani bt. Ismail terhadap anak cucunya.
Tak kira  apa jua ujian dan badai melanda, kasih sayang wan terhadap anak cucu dan saudara maranya tetap utuh dan teguh.
Dulu memang dia seorang yang tegas, pemarah dan macam-macam lagi tetapi sebagai manusia biasa, itu adalah lumrah kehidupan.
Tambahan pula berhadapan dengan kehidupan sukar dan mencabar di mana dia terpaksa mencari sesuap nasi untuk dirinya dan 9 orang anak tanpa sebarang bantuan suami di sisi.
Jika tidak tegas, jika tidak garang, jika tidak berkeras, mana mungkin kami menjadi seperti diri kami pada hari ini.
Itulah jasa seorang ibu bernama Rohani bt. Ismail.
Mama bersyukur dapat seorang ibu yang sentiasa mendahulukan anak-anaknya sebelum kepentingan dirinya.

Tetapi pada hari ini, wan sudah jauh berubah.
Dia sudah pandai berjenaka.
Dia bersikap lebih terbuka.
Dia lebih memahami anak-anaknya.
Mungkin kerana anak-anaknya semua sudah dewasa.
Mungkin kerana kepayahan hidup sudah menjadi satu sejarah silam dalam hidupnya.
Mungkin cucu-cucunya berjaya melembutkan hatinya.
Mungkin dia ada sebabnya yang tersendiri.
Tak kisahlah apa pun sebabnya.
Yang penting... wan sayang kami dan kami sayang wan.
Selama-lamanya.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...