Hari ini genap 4 tahun arwah ayah mertua mama, Allahyarham Haji Alias bin Muhamad kembali ke rahmatullah. Sehingga kini, mama masih merindui dia kerana dia seorang insan yang sangat baik. Sangat ikhlas. Sangat penyayang. Sangat memahami. Walau apa pun yang berlaku, dia tetap menerima kami seadanya. Walau apa pun orang kata, Ayah tetap menyayangi mama sekeluarga. Walau apa pun yang terjadi, Ayah tetap memberi sokongan. Walaupun Ayah kini sudah tiada di sisi kami, kami sentiasa menyayangi Ayah dan semoga Ayah tenang bersama orang - orang yang beriman. Al-Fathihah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment