Pada 14 Oktober 2009, ku bawa anak perempuan kesayanganku, Shaidatul Balqis binti Jihadi ke Hospital PUSRAWI berjumpa pakar ENT (telinga, hidung dan tekak) untuk memastikan kenapa setelah berbulan-bulan dan setelah mencuba pelbagai ubat doktor dan ubat tradisional, hidungnya masih bermasalah.
Pas tu sering sakit kepala.
Di kiri kanan mulutnya ada nanah yang kejap ada kejap hilang.
Kulit mukanya pula ada tompok-tompok putih.
Kesian Aqis…



Kami berjumpa dengan pakar ENT, Dr. Amir Izwan.
Orangnya kacak bergaya, lembut berbahasa dan mesra kanak-kanak.
Beliau memeriksa hidung Aqis menggunakan scope yang ada lampu.



Hasil pemeriksaan?
Aqis ada ketulan daging (polyps) dalam hidungnya yang mungkin sudah terbentuk sejak dia kecil lagi.
Hingus dan nanah yang ada dalam hidungnya menyebabkan jangkitan yang agak teruk dan ketulan itu semakin membesar.
Ketulan itu menghalang saluran pernafasan.
Mungkin salah satu punca dia dapat lelah/asma.
Dan pening kepala.
Dan hingus tak henti-henti meleleh.
Dan kulitnya kurang berseri.




Apa doktor nak buat?
Doktor akan buat satu pembedahan untuk keluarkan ketulan daging tu
Ini akan melebarkan saluran pernafasan Aqis.




Bila nak wat pembedahan tu?
16 Oktober 2009, hari Jumaat sebab sekolah ambil Cuti Peristiwa Hari Deepavali.




Apa perasaan Balqis?
Sedih, takut, seronok, dll bercampur baur.
Tapi dia dah biasa tengok mamanya keluar masuk bilik bedah.
Jadi dia ada kekuatan di situ.
Bagi sikit kaunseling.
Pas tu baca Yassin bersama-sama dan suruh dia berzikir banyak-banyak.


Apa perasaan abangnya?
Abangnya seperti biasa.
Relaks dan tenang.


Apa perasaan mamanya?
Macam-macam.
Anak tak menangis, mamanya yang menangis.
Kesian kat anak, kecil-kecil dah masuk dewan bedah.
Tuhan je yang tahu gelodak dalam jiwa.




Apa perasaan papanya?
Mungkin risau dan sedih, tapi biasalah papa.
Tak tunjuk perasaan dia yang terpendam.
Tapi mesti ada rasa sebab anak kesayangan nak dibedah.


APAPUN PERASAAN KAMI,  YANG PENTING KAMI SEMUA SAYANG AQIS SANGAT-SANGAT.


1 comments:

Unknown said...

Salam Puan. Boleh tau keadaan ank puan skarang selepas operation tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...