Lambat update aktiviti hari raya yang latest ni sebab agak bz sikit.
Dengan family dan kerja, kerja, kerja.
Apapun, saya sayang keluarga saya seikhlas hati, walaupun ada orang menganggap saya sebagai orang-orang dan maaf yang saya pinta adalah maaf orang-orang (Scarecrow).
Hanya Allah mengetahui hati saya dan hati dia.
Semuanya saya serahkan kepada ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.
APAPUN, MAAF ZAHIR BATIN SEIKHLAS HATI, JIWA DAN RAGA SAYA.





Makanan enak di pagi raya.










Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga ini.
Selamatkan kami daripada musuh yang nampak dan tidak nampak.
Selamatkan kami dari bencana yang nampak dan tidak nampak.









Ibu dan adik-adik tersayang.
Susah dan senang dilalui bersama.
Bergurau dan bertengkar perkara biasa.
Tapi kasih sayang sesama kami mengatasi segala kesulitan dan kepayahan hidup.







Kesian anak yatim piatu ni.
Tapi dapat gak dia bermanja dengan mak mertua dia.
Katanya, selagi wan ada, raya pertama mesti dengan wan.









Alang tak dapat cuti raya kali ni.
So, kamilah pergi beraya dengan dia kat tempat kerja dia.
Pas tu kami gi jalan-jalan tinggalkan dia dengan kerja dia.







Pose manja di hari raya.
Saat suka, saat ngantuk, saat kekenyangan dan saat bahagia.
Apa yang penting?
KASIH SAYANG DAN KEIKHLASAN.



Pn. Suzana bt. Ibrahim.
My 'biras'.
A serious but kind sis.
A good cook in the family.










Pn. Suzita bt. Ibrahim.
A very kind and loyal friend.
She could read me well.
She is always there during my trying times.
Allah sent her to me to be a shoulder to cry on.









Pn. Suryani bt. Mat Amin.
She is a very good friend of mine.
We have known each other way back then.
We may have our differences but I guess we agree to disagree.
We focus on what really matters in our lives.






These are the people I will always treasure in my life.
May they be showered with kindness and greatness forever.








Selepas solat raya, kami ke umah Ayah Dee.
Che' Soh turun KL beraya di sini.
Kami dapat makan nasi Bukhari Ganu yang sedap.
Makan dengan daging dan ayam merah.
Lazat tak terkata.
Adah masuk OT raya ketiga untuk lahirkan anaknya yang ketiga.
Congrats Adah.






Semua adik-beradik papa kumpul di rumah Ayah Dee.
Memang happening dan meriah.
Moga ikatan kasih papa dan adik beradiknya akan terus bertaut erat.
Gembira sebab papa dapat beraya bersama adik-adiknya.
Sungguh besar rahmat Allah.





Rumah ayah Dee tambah meriah dengan keletah diorang ni.
Comel-comel sangat, esp yang pakai kopiah MUtd tu:)
Maintain cool je dia.



Bulan Ramadhan penuh mulia,
Bulan Syawal penuh ceria,
Disambut ia penuh kesyukuran,
Meriahkanlah dengan yang tersayang.





Lautan luas penuh bergelora,
Susah dan senang berempat bersama,
Doakan kita sentiasa bersama,
Harap kasih tak luntur di jiwa.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.





Buah hati pengarang jantung.
Alhamdulillah.
Terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu dapat ku bersama dengan yang tersayang pada Syawal ini.
Semoga tautan kasih akan kekal abadi selama-lamanya.




Jumaat terakhir Ramadhan tahun ni kami berbuka di rumah Ayah Ngah, adik suamiku di Gombak.
Che' Ngah masak rendang ayam dan sambal sotong yang memang, memang, memang sedap.
Kami beli kuih muih dan KFC sebagai penyedap rasa.
Dah tak ramai orang berniaga di bazaar Ramadhan sebab esok dah nak tengok anak bulan, jadi pilihan pun tak banyaklah.
Beli apa yang ada je.
Yang penting ada nasi.
Itu dah cukup bagi kami sebenarnya.








Sementara menunggu waktu berbuka, inilah aktivitinya.
Lepak dan bergelut suka-suka.
Yang penting takde yang menangis dan meraung.
Seronok tengok diorang bermain.
Yang tak bermain tu, biasalah dengan keenakan tidurnya.







Seronok makan dengan Amir.
Orang yang tak berselera terus jadi berselera.
Kakak dan Ajan pun makan dengan berseleranya.
Ayah Ngah balik lepas kami berbuka puasa sebab pergi bekerja.
Yang penting dia bekerja mencari rezeki dan duit yang halal untuk menyara anak dan isterinya tanpa perlu meminta-minta daripada sesiapapun pun.
Ayah Ngah memang seorang yang kuat bekerja dan berusaha walaupun ada kalanya dia memang tak sihat.
Tapi demi isteri dan anak, dia gagahkan juga.
Semoga Ayah Ngah, Che' Ngah, Amir dan Amirul sentiasa dirahmati Allah dan dilindungi daripada apa jua kesusahan dan kesedihan. Amin.





Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati:)
Aktiviti bebas selepas Maghrib dan sebelum pergi tarawikh.
Lepas bergurau senda dengan Ajan (seperti biasa), Amir berkawan dengan robot-robotnya.
Aqis terbaring kekenyangan.
Amirul pusing-pusing rumah tapi dia tak penat-penat.
Banyak betul tenaga dia.





Tengah-tengah lepak, Che'Ngah kata; "Nak buat kekkaplah"
Peserta kursusnya seperti biasa adalah BALQIS.
Ada gaya kan...









Inilah hasil usaha bersama Chef Suzana (90%) dan Aqis (10%).
Memang cantik.
Memang sedap.
pasti nak dan nak dan nak lagi.
Kalau nak tempah, gi ke blog dia: http://www.suzanacupcake.blogspot.com







Lepas tarawikh, lepak-lepak, cerita-cerita, pas tu balik.
Syoknya buka puasa hari ni.




Kami ke Tesco Kota Damansara untuk beli barang dapur.
Pergi pun lepas Ajan dan Aqis balik sekolah.
Sampai kat sana dah nak masuk waktu berbuka puasa.
Kedai makan yang kami biasa langgan dah penuh.
Inilah satu-satunya kedai yang kurang dipenuhi dipelanggan.
Selalunya kami tengok-tengok menu, pas tu berlalu pergi.
Sedap gaklah makanannya tapi harganya pun sesuailah dengan kesedapannya.
Ini kedai terakhir pada Ramadhan tahun ini yang kami makan berbuka di luar.




Kenapa semua pandang ke atas hah?
Sampai ada yang ternganga mulut.
Pas tu tersengih-sengih je.
Tapi nape Ajan wat tak tahu je la pulak.
Dia ada power tangkis serangan UFO ke?
Ada UFO ke dah juling ke kena sampuk ke?
Semua pilihan di atas tidak benar.
Semua orang di atas sedang tengok Mr. Bean beraksi di LCD kedai tu.
Dipasang di dinding dan agak tinggilah jugak.
Tengok Mr. Bean, diorang jadi Mr. bean.
Terutama yang tengah khusyuk dengan PSPnya tu.
APA-apa jadi, dia akan selamatkan MR.PSPnya dulu:)



Ajan tak sabar-sabar nak tengok baju Melayu warna pilihan dia yang dah siap dijahit.
Alhamdulillah, baju tu memang cantik dan siap dijahit mengikut tempahan yang dibuat.
Kalau sape-sape nak tempah baju Melayu suami atau anak, tempahlah kat sini.
Insyaallah, pasti puas hati.
Layanan pun mesra.
Tak kenal pun tuan punya kedai tapi suka cara dia layan pelanggan dan menepati janji dan memenuhi citarasa pelanggannya.
Raya nanti kita tengok hasil sepenuhnya yek.




Ini tudung raya hadiah kawan baik saya, Pn. Suzita bt. Ibrahim (more like a sister to me).
Pandai dia pilih sebab tudung tu sesuai dengan baju raya saya tahun ni.
Mulanya nak beli tudung krim untuk padankan dengan baju raya, tapi bila Suzita bagi tudung ni, padan sangat dengan baju raya saya tu.
TQVM sis.
Love you so much.


Inilah buah hati kami sekeluarga sekarang.
Sekali pasang, 4 laptop boleh guna untuk surf internet.
Macam 4 isteri berkongsi 1 suami.
Bebas bergerak tapi terikat antara satu sama lain.
Tak payah tunggu giliran.
Tak payah ambil nombor.
Boleh dibawa kemana sahaja.
Itulah realiti dunia sekarang.
Semuanya senang.
Semuanya ekspres.
Cuma perlu ada lebih kurang RM100 untuk mendapat khidmatnya seumur hidup.
Baloi, memang berbaloi.






Langkah 1:
Tepung dan bahan-bahan yang sepatutnya ada disatukan, digaul, dibancuh dan membentuk satu doh.











Langkah2:
Wan @ nenek Aqis @ nenek Ajan @ mak saya akan menerap bancuhan tepung tadi supaya cantik sikit rupanya menggunakan acuan kuih ikut suka hati.










Langkah 3:
Aqis ambil tugas di sin. Tugasnya adalah menyapu dan meratakan telur kuning di atas terapan kuih mazola tadi. Memang susah dan payah kerja ni. Bukan sembarangan orang boleh buat kerja ni. Perlu kesabaran yang tinggi dan sentiasa berhati-hati dengan segala kemungkinan:)









Inilah hasil kerja seni Aqis. Cantik dan menyelerakan, kan, kan, kan. Itu belum dibakar, dimasak dan dimasuk dalam mulutkan. Cair air liur menengoknya.









Langkah 4 :
Inilah oven baru hasil keringat Wan selama ni. Tak payah dah tertinjau-tinjau. Tunggu je bunyi 'Ting', dah masaklah kuih tu. Senangkan. Sejak ada oven ni, Ateh bukan main rajin lagi masak-memasak. Bakar kuih raya pun dah rajin dah. Kalau tak, macam muncit muncungnya:0 Mak Long (sayalah tu) tetap maintain tak rajin wat kuihnya. Kuih tradisional anytime boleh wat. Biskut raya tak minatlah.





Ni pemandangan dari dekat. Tak berani amik gambar dari dalam oven, melecur handphoneku yang dah nyawa-nyawa ikan ni.









Langkah 5:
Keluarkan kuih yang dah masak setelah dengar bunyi 'Ting!'. Lihatlah dunia! Betapa cantik dan menggiurkan kuih buatan anak ku ini. Yesssss... Terserlah kilauan keemasan telur kuih mazola anakku ini. Bakal menggantikan Chef Wan di dapur nanti. Lepas ni ikut sukalah nak buat apa. Boleh masukkan dalam balang kuih plastik, bekas kuih raya yang mahal-mahal tu atau masukkan je dalam mulut tu. Buat pun untuk dimakankan. Kalau ada lebih, sedekahkan kepada orang sebelah menyebelah, dapat banyak pahala.




Tahniah Aqis kerana berjaya memasak KUIH RAYA MAZOLA CARA CHEF AQIS.


Ini adalah hadiah hari raya dari pusat tuisyen tempat anak lelaki mama belajar, Pusat Tuisyen Visi Bijak, Bukit Sentosa, Rawang, Selangor.
Terima kasih kepada tuan punya pusat tuisyen ni, Cikgu Anuar dan isterinya, Cikgu Azizah.
Terima kasih banyak-banyak cikgu.
Halalkanlah semua ilmu yang telah cikgu-cikgi curahkan kepada anak saya.
Hanya Allah dapat membalas keiklasan cikgu-cikgi mengajar anak bujang kesayangan mama ini.








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...