Lambat update aktiviti hari raya yang latest ni sebab agak bz sikit.
Dengan family dan kerja, kerja, kerja.
Apapun, saya sayang keluarga saya seikhlas hati, walaupun ada orang menganggap saya sebagai orang-orang dan maaf yang saya pinta adalah maaf orang-orang (Scarecrow).
Hanya Allah mengetahui hati saya dan hati dia.
Semuanya saya serahkan kepada ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.
APAPUN, MAAF ZAHIR BATIN SEIKHLAS HATI, JIWA DAN RAGA SAYA.





Makanan enak di pagi raya.










Semoga Allah sentiasa merahmati keluarga ini.
Selamatkan kami daripada musuh yang nampak dan tidak nampak.
Selamatkan kami dari bencana yang nampak dan tidak nampak.









Ibu dan adik-adik tersayang.
Susah dan senang dilalui bersama.
Bergurau dan bertengkar perkara biasa.
Tapi kasih sayang sesama kami mengatasi segala kesulitan dan kepayahan hidup.







Kesian anak yatim piatu ni.
Tapi dapat gak dia bermanja dengan mak mertua dia.
Katanya, selagi wan ada, raya pertama mesti dengan wan.









Alang tak dapat cuti raya kali ni.
So, kamilah pergi beraya dengan dia kat tempat kerja dia.
Pas tu kami gi jalan-jalan tinggalkan dia dengan kerja dia.







Pose manja di hari raya.
Saat suka, saat ngantuk, saat kekenyangan dan saat bahagia.
Apa yang penting?
KASIH SAYANG DAN KEIKHLASAN.


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...