Mama sayang kakak sangat-sangat.
Mama dah letakkan kakak di satu sudut sangat istimewa di hati mama.
Mama tau kakak pun sayang mama sangat-sangat.
Kakak masih kecil tapi kakak faham mama.
Kakak tempat mama mengadu dan bercerita.
Kakak pandai jaga mama.
Kakak pandai ambil hati mama.
Kakak tau baca mood mama.
Kakak banyak tolong mama.




Kalau mama dah takde di dunia ni nanti, kakak kena janji dengan mama tau.
Kakak mesti jaga solat, jangan sesekali tinggal walau satu waktu pun.
Kakak mesti tutup aurat seperti yang dituntut daripada seorang muslimah sejati.
Kakak mesti baca Al-Qur’an setiap hari, sekurang-kurangnya sebelum/selepas solat Subuh dan Maghrib.
Kakak mesti sentiasa sedekahkan mama dengan ayat-ayat suci Al-Qur’an supaya mama tenang dan tidak terseksa di dalam kubur.
Kakak carilah kawan-kawan yang dapat mendekatkan kakak dengan Allah.




Kalau mama dah takde di dunia ni nanti, kakak jangan lupakan mama.
Kakak mesti sayang dan jaga Papa seperti mana Papa jaga dan sayang kakak selama ini.
Kaka mesti jaga Abang Ajan.
Kakak mesti tolong Abang Ajan.
Kakak mesti sentiasa berbuat baik kepada kawan dan lawan supaya tiada orang mengata mama tidak pandai mengasuh anak.
Kakak mesti terus berhubung dengan wan, pakcik, makcik, sepupu dan saudara mara kakak supaya tidak terputus hubungan persaudaraan sesama kita.
Kakak mesti buat yang terbaik dalam hidup kakak.
Kakak mesti nikmati hidup kakak sepenuhnya tapi jangan lupakan Allah.
Kakak mesti berhati-hati dan berfikir dengan waras sebelum membuat sebarang keputusan terutama yang membabitkan perasaan orang lain.
Jangan sesekali menghina orang lain apabila kakak berjaya dan berharta.




Kalau mama dah takde di dunia ni, ingat ya,
MAMA SAYANG KAKAK SANGAT-SANGAT...

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...