10 September 2009
SELAMAT HARIJADI YANG KE-42, PAPA.
Semoga Papa diberkati dengan umur yang panjang dan kesihatan yang baik untuk Papa terus berkerja dan beramal, sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah, dimurahkan rezeki dengan rezeki yang halal, banyak dan berkat, sentiasa bahagia dan mendapat yang terbaik dalam hidup dan dapat sentiasa bersama orang-orang yang dikasihi.
Terima kasih Papa kerana menjadi seorang suami yang baik dan bapa yang yang bertanggungjawab. Kita bersama-sama mengharungi liku-liku kehidupan yang mencabar.
Kita pernah menangis dan meraung bersama.
Kita pernah ketawa dan gembira bersama.
Dan kita akan terus menangis dan ketawa bersama selagi Allah mengkehendakinya.
Ajan dan Aqis bertuah sebab dapat Papa sebagai bapa.
Ajan dan Aqis bahagia dapat panggil ’Papa’ kepada seorang insan seperti Papa.
Ajan dan Aqis gembira bila dapat bersama papa, berkongsi cerita, berjalan bersama dan merancang kehidupan kita.
Kami berdoa supaya Papa tidak akan berubah dan akan terus menyayangi kami sehingga akhir hayat kami.
MAMA, AJAN DAN AQIS SAYANG PAPA SANGAT-SANGAT...
.
0 comments:
Post a Comment