Langkah 1:
Tepung dan bahan-bahan yang sepatutnya ada disatukan, digaul, dibancuh dan membentuk satu doh.











Langkah2:
Wan @ nenek Aqis @ nenek Ajan @ mak saya akan menerap bancuhan tepung tadi supaya cantik sikit rupanya menggunakan acuan kuih ikut suka hati.










Langkah 3:
Aqis ambil tugas di sin. Tugasnya adalah menyapu dan meratakan telur kuning di atas terapan kuih mazola tadi. Memang susah dan payah kerja ni. Bukan sembarangan orang boleh buat kerja ni. Perlu kesabaran yang tinggi dan sentiasa berhati-hati dengan segala kemungkinan:)









Inilah hasil kerja seni Aqis. Cantik dan menyelerakan, kan, kan, kan. Itu belum dibakar, dimasak dan dimasuk dalam mulutkan. Cair air liur menengoknya.









Langkah 4 :
Inilah oven baru hasil keringat Wan selama ni. Tak payah dah tertinjau-tinjau. Tunggu je bunyi 'Ting', dah masaklah kuih tu. Senangkan. Sejak ada oven ni, Ateh bukan main rajin lagi masak-memasak. Bakar kuih raya pun dah rajin dah. Kalau tak, macam muncit muncungnya:0 Mak Long (sayalah tu) tetap maintain tak rajin wat kuihnya. Kuih tradisional anytime boleh wat. Biskut raya tak minatlah.





Ni pemandangan dari dekat. Tak berani amik gambar dari dalam oven, melecur handphoneku yang dah nyawa-nyawa ikan ni.









Langkah 5:
Keluarkan kuih yang dah masak setelah dengar bunyi 'Ting!'. Lihatlah dunia! Betapa cantik dan menggiurkan kuih buatan anak ku ini. Yesssss... Terserlah kilauan keemasan telur kuih mazola anakku ini. Bakal menggantikan Chef Wan di dapur nanti. Lepas ni ikut sukalah nak buat apa. Boleh masukkan dalam balang kuih plastik, bekas kuih raya yang mahal-mahal tu atau masukkan je dalam mulut tu. Buat pun untuk dimakankan. Kalau ada lebih, sedekahkan kepada orang sebelah menyebelah, dapat banyak pahala.




Tahniah Aqis kerana berjaya memasak KUIH RAYA MAZOLA CARA CHEF AQIS.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...