Jumaat terakhir Ramadhan tahun ni kami berbuka di rumah Ayah Ngah, adik suamiku di Gombak.
Che' Ngah masak rendang ayam dan sambal sotong yang memang, memang, memang sedap.
Kami beli kuih muih dan KFC sebagai penyedap rasa.
Dah tak ramai orang berniaga di bazaar Ramadhan sebab esok dah nak tengok anak bulan, jadi pilihan pun tak banyaklah.
Beli apa yang ada je.
Yang penting ada nasi.
Itu dah cukup bagi kami sebenarnya.








Sementara menunggu waktu berbuka, inilah aktivitinya.
Lepak dan bergelut suka-suka.
Yang penting takde yang menangis dan meraung.
Seronok tengok diorang bermain.
Yang tak bermain tu, biasalah dengan keenakan tidurnya.







Seronok makan dengan Amir.
Orang yang tak berselera terus jadi berselera.
Kakak dan Ajan pun makan dengan berseleranya.
Ayah Ngah balik lepas kami berbuka puasa sebab pergi bekerja.
Yang penting dia bekerja mencari rezeki dan duit yang halal untuk menyara anak dan isterinya tanpa perlu meminta-minta daripada sesiapapun pun.
Ayah Ngah memang seorang yang kuat bekerja dan berusaha walaupun ada kalanya dia memang tak sihat.
Tapi demi isteri dan anak, dia gagahkan juga.
Semoga Ayah Ngah, Che' Ngah, Amir dan Amirul sentiasa dirahmati Allah dan dilindungi daripada apa jua kesusahan dan kesedihan. Amin.





Gendang gendut tali kecapi,
Kenyang perut suka hati:)
Aktiviti bebas selepas Maghrib dan sebelum pergi tarawikh.
Lepas bergurau senda dengan Ajan (seperti biasa), Amir berkawan dengan robot-robotnya.
Aqis terbaring kekenyangan.
Amirul pusing-pusing rumah tapi dia tak penat-penat.
Banyak betul tenaga dia.





Tengah-tengah lepak, Che'Ngah kata; "Nak buat kekkaplah"
Peserta kursusnya seperti biasa adalah BALQIS.
Ada gaya kan...









Inilah hasil usaha bersama Chef Suzana (90%) dan Aqis (10%).
Memang cantik.
Memang sedap.
pasti nak dan nak dan nak lagi.
Kalau nak tempah, gi ke blog dia: http://www.suzanacupcake.blogspot.com







Lepas tarawikh, lepak-lepak, cerita-cerita, pas tu balik.
Syoknya buka puasa hari ni.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...